(HIBURAN) Majlis Pra Tonton Filem ” PE 3 “

Spread the love

 

Filem ke 67 MIG ini merupakan garapan dari pangarah muda Farid Kamil. Filem ini membariskan para pelakon seperti Kamal Adli, Diana Amir yg pada ketika itu belum lagi berhijab, Along Eyzendy, Taiyuddin Salleh dan juga Fyza Kadir.  Filem yang menelan belanja RM2.5 juta ini berlokasi kan Pulau Pinang sebagai lokasi pengambaran mereka. Dengan kerja sama Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang ini menyajikan komedi segar untuk hiburan penonton semua peringkat umur disamping mennyelitkan nilai-nilai pengajaran yang boleh dijadikan sebagai iktibar. Menurut pengarah filem ini Farid Kamil, beliau mendapat idea untuk mengarah filem ini berdasarkan kisah benar mengenai kes kejadian rompakan Micro Cip terbesar yang telah berlaku di Pulau Pinang. Kepada peminat filem Farid Kamil dan komedi aksi, saksikan PE3 di pawangan terdekat anda pada 18 Oktober 2012

Sipnosis filem PE3

PE3 yang mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi di Pulau Pinang yang diketuai oleh Megat (lakonan Farid Kamil). Megat mempunyai seorang adik perempuan , Lina (Diana Amir) yang amat disayanginya. Satu kejadian ragut menemukan Lina dengan Fumi lakonan Kamal Adli.  Pertemuan ini membibitkan perasaan saying dan cinta Fumi kepada Lina. Megat yang sayangkan adiknya itu terpaksa menerima Fumi sebagai adik iparnya. Megat mula menunjukan dunianya sebenar kepada Fumi. Kemasukan Fumi melancarkan setiap rompakan yang dirancang dan kumpulan tu sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Mereka merompak kereta mewah, bahan-bahan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya. Adakah kumpulan ni berjaya meloloskan diri atau sebaliknya? Nak tengok betapa liciknya Megat dan kuncu-kuncunya?

pihak Galaksi Media Online (GMO) ingin berkongsi foto-foto menarik semasa majlis pra tonton filem PE3

(pautan gambar)

kredit foto : FAP Images


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *