(HIBURAN) PRA-PELANCARAN CLIXSTER MUSIC

DCIM100GOPRO

Mengambil kesempatan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Clixster Mobile Sdn Bhd hari ini, Clixster Music (anak syarikat Clixster Mobile Sdn Bhd) juga telah mengadakan majlis pra-pelancaran dengan memperkenalkan barisan artis yang bernaung di bawah label baru ini.  Antara artis yang diperkenalkan adalah Aris Ariwatan, Badri Ibrahim, Adiel Ghaffar, Ilyani, Zara Ali, Jeslin, The Fingers dan Angel.

IMG_9467

Dengan pelancaran ini, ianya meletakkan Clixster Music di dalam radar sebagai satu lagi pemain yang akan memberikan persaingan sihat di dalam industri muzik Malaysia.  Pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Clixster Mobile, YBhg Dato’ Megat Razman Megat Khairuddin dan disaksikan oleh Ketua Clixster Music, Othman Masri.

Clixster Music merupakan syarikat rakaman yang memberi peluang kepada anak-anak seni untuk mengembangkan bakat dalam nyanyian mereka.  Selain itu, Clixster Music juga memberi peluang kepada artis-artis yang sudah lama bertapak di arena muzik Malaysia untuk mengeluarkan semula produk-produk mereka yang kebanyakkan nya tertangguh.

DCIM100GOPRO

Misi utama Clixster Mobile adalah untuk memperluaskan idea-idea baru dan memperbanyakkan bakat di bawah Clixster Music.  Ini akan menjadikan Clixster Music lebih berdaya saing ditambah sokongan daripada Clixster Mobile sebagai syarikat telekomunikasi.

Menurut Dato’ Megat Radzman, “Clixster Music menyediakan kemudahan seperti studio rakaman suara, susunan musik, program Music, “mixing”, “mastering”, dubbing voice over, mono to streo convertion, dolby 7.1 mastering, sinematografi, pecetakkan, penerbitan dan pemasaran album.  Album-album rakaman di bawah naungan Clixster Music turut dijangka akan dijual di kedai-kedai serbaneka dan akan dipasarkan dengan harga berpatutan.

IMG_9532

Harapan Clixster Music adalah untuk memeriah dan meluaskan muzik tanah air pada masa hadapan.  Oleh itu, Clixster Music turut membuka dan memberi peluang pecinta musik untuk menjadi artis di bawah naungan Clixster Music.  Sokongan oleh Clixster Mobile merupakan tunjang utama kejayaan Clixster Music ini.  Keyakinan dan kekuatan ini akan terus didukung untuk berkembang maju dan melangkah kepasaran antarabangsa”, ujar Dato’ Megat Razman lagi.

Sementara itu, majlis rumah terbuka  Aidilfitri Clixster Mobile bagi meraikan rakan niaga dan pemegang berkepentingan seperti  badan koperasi, syarikat korporat, kakitangan Clixster Mobile Group dan pengguna setia Clixster Mobile.  Majlis di adakan di ibu pejabat Clixster Mobile di Sri Hartamas.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan artis Clixster Music.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *