(HIBURAN) SUE-ON – ‘FILEM PERTAMA TERBITAN DATO AWIE KE LAYAR PERAK,  TRIBUTE BUAT ALLAHYARHAM MAMAT KHALID’

Spread the love

Tidak dinafikan nashkah bercorak seram komedi masih lagi menjadi pilihan penonton-penonton untuk menonton filem di pawagam. Ternyata ia menjadi pilihan buat Dato Awie selaku pemilik syarikat Rumah Produksi Merah untuk menghasilkan filem Sue-On.

Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.

“Ramai penonton yang kenal saya dengan filem seperD Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, malah mereka terima watak yang saya bawakan itu sedangkan sebelum itu saya bukanlah seorang pelakon komedi.

“Jadi, saya rasa perlu mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem genre sebegini dan akhirnya terhasilnya filem Sue-On,” ujarnya.

Mengambil inspirasi kepada sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri, selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem terbaharu terbitannya itu, Awie memberitahu Sue-On adalah sebuah filem yang cukup santai dan saya mengambil ilham seperD filem yang pernah dihasilkan Allahyarham Mamat Khalid.

Malah, Awie juga menyatakan pembikinan filem Sue-On ini adalah tribute kepada Allahyarham yang telah menaikkan namanya selaku seorang pelakon komedi seram.

“Saya menghasilkan filem ini adalah untuk meneruskan legasi arwah. Apa yang pernah arwah buat dahulu kami akan teruskan,” jelasnya.

Ujarnya, sebagai seorang penerbit, dia meletakkan harapan agar filem Sue-On ini dapat menambat haD penonton.

“Selain saya, mereka yang terlibat dalam filem ini termasuk pengarah, pelakon dan kru juga pasD mahu melihat kejayaan filem ini.

“Jika filem Sue-On ini mendapat sambutan yang baik, ia akan memberi peluang kepada saya untuk menerbitkan lebih banyak filem pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Razif Ajiboy Rashid selaku pengarah berkata, dia menjadikan arwah Mamat  Khalid sebagai inspirasi untuk dia menghasilkan filem Sue-On ini.

Menganggap allahyarham sebagai ‘sifu’ dalam bidang pengarahan, Ddak dinafikan dia banyak menjadikan filem-filem arahan Mamat Khalid sebagai rujukan.

“Sebenarnya apabila filem Sue-On ini dibuat , ia adalah satu penghormatan buat sifu dan juga abang saya dalam dunia seni iaitu Allayharham Mamat Khalid dan saya banyak membesar dengan filem-filem beliau.

“Malah, saya mengenali dunia filem secara lebih mendalam pun daripada beliau. Jadi, sedikit sebanyak hasil tangan ini terbaharu saya ini mendapat inspirasi daripada filem-filemnya,” ujarnya.

Razif berkata, penggambaran filem berkenaan dilakukan pada November hingga Disember 2021 di Taiping, Perak.

Dalam pada itu, Razif juga mengakui dia Ddak dapat lari daripada cabaran-cabaran tertentu sepanjang menghasilkan filem Sue-On.

Antaranya, dia perlu memikirkan cara yang terbaik agar filem arahannya itu dihasilkan dengan cerita yang cukup santai dan mampu menghiburkan penonton.

“Kalau ditanya tentang cabaran keDka penggambaran, paling utama adalah cuaca memandangkan Taiping adalah kawasan tadahan hujan.

“Namun, cabaran sebagai pengarah pula pasDnya adalah mahu memasDkan filem ini betulbetul dapat menarik penonton ke panggung.

“Apa-apapun saya berasa sangat beruntung kerana penerbit sendiri iaitu Dato Awie banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu kepada saya,” jelasnya.

Menampilkan ramai barisan pelakon-pelakon hebat tanah air, Sue-On akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 6 JULAI 2023.

SINOPSIS

Sue-On seekor hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen. Pada satu malam nasib Sue-On Ddak begitu baik kerana selepas keluar dari skrin tv, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton tv dengan begitu lama, memaDkan suis tv dan membuatkan Sue-On terperangkap dan Ddak boleh pulang ke tempat asalnya. Sue-On berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan pulang ke tempat asalnya dengan mencari sesiapa sahaja yang sedang menonton filem Sue-On. Nak dijadikan cerita, keDka SueOn sedang mencuri masuk ke dalam satu rumah, kewujudan Sue-On telah disedari oleh sepasang suami isteri yang pada keDka itu sedang menonton filem Hantu Kampung Sebelah. Oleh kerana takut diapa-apakan, Sue-On mengambil keputusan untuk melompat masuk kedalam skrin tv itu. Pasangan suami isteri it uterus memadamkan tv mereka. Kini Sue-On terperangkap di Kampung Sebelah.

PELAKON 
DATO’ AWIE             – MAT DOSA
REEN RAHIM             – SUE-ON
ROPIE             – MISSNIN
SHAWANI             – WANU
ALIF RAFIQ            – ALIP
SHAIFULLAH             – JIMI
AZLEE SENARIO – YB LI
NAZIA MUSTAFAR – CIK YAH
JOEY DAUD – MAT MOTOR
ACHEY – POCONG
AMY NUR TINIE – PONTIANAK
KAMARUL YUSOFF

 

 

PENAMPILAN KHAS

HAJJAH ERRA FAZIRA

KUMPULAN WINGS

 

PRODUKSI

TERBITAN – Rumah Produksi Merah
PENERBIT – Ahmad Azhar Othman (Dato Awie)
PENERBIT EKSEKUTIF – Sharul Nizan Ramli (Pak Abu)

Hazil Izham Ismail

PENERBIT PENYELARAS – Hazleena Halim
PENGARAH – Razif Ajiboy Rashid
PENGARAH FOTOGRAFI – Jack Rahmad
PENGURUS PRODUKSI – Nazrin Rahim
Skor Muzik – Razif Ajiboy Rashid & Ayed Joe


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *