(SEMASA) ‘Car Boot Sale at Bistari De’ Kota’ batu loncatan buat peniaga baru

DSCN4270

Kecelaruan berkenaan konsep ‘Car Boot Sales’ antara pemangkin kepada semangat Mohd Nazim Hj Badruddin atau di kenali sebagai Gigs oleh rakan-rakan rapat, untuk mewujudkan sebuah tempat bagi ‘car boot sales’ yang sebenar. Dengan sokongan moral rakan-rakan, beliau telah mewujudkan satu platform di Kota Damansara yang dikenali sebagai ‘Car Boot Sale at Bistari De’ Kota’ bertempat di Bistari De’ Kota, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara. Caranya cukup mudah, buka bonet kereta dan pamerkan barang jualan. Barang yang dibenarkan untuk jualan hanyalah barang terpakai. Barangan baru, makanan dan minuman tidak dibenarkan sama sekali. Manakala sewa tapak amat murah, hanya RM10 sahaj untuk satu parking lot. Bayaran inilah yang akan digunakan untuk belanja mengurus, membuat banner, flyers dan urusan promosi lain.

cboosalkes gulamsmall

Konsep jualan barang terpakai ini sebenarnya banyak diwujudkan di negara-negara barat bertujuan melupuskan barangan yang tidak lagi mereka perlukan tapi yang masih berkeadaan baik. Di Malaysia pun wujud tapak-tapak niaga sebegini tapi matlamat asal banyak yang telah lari. Kebanyakan tapak car boot sales di Malaysia turut membenarkan mereka menjual barang-barang baru serta makanan. Sedangkan konsep sebenar hanyalah barangan terpakai.

Pada permulaan mewujudkan tempat ini, pelbagai pandangan diterima oleh Gigs. Ada yang memberikan pandangan positif dan tidak kurang juga memberikan pandangan negative. Tapi berkat kesungguhan, tapak yang mula dibuka pada minggu pertama April 2013 telah mula mendapat sambutan dan keperihalan tempat ini mula meniti di mulut penduduk setempat. Kehadiran pengunjung di tapak yang dibuka setiap Ahad bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari menunjukkan peningkatan saban minggu.

Dengan teknologi internet dihujung jari, promosi ‘car boot sales’ ini telah melangkau jauh. Ia boleh dicapai melalui facebook www.facebook.com/CarBootSaleDamasara atau carian Car Boot Sale at Bistari De’ Kota. Peniaga yang membuat penampilan di tapak ini bukan sahaja terdiri dari mereka di kawasan Kota Damansara atau Petaling Jaya, malahan dari kawasan Ampang, Cheras, Klang malahan ada daripada Melaka.

Apa yang diharapkan agar konsep sebegini boleh dikekalkan dan akan memberikan impak yang bukan sedikit kepada banyak pihak. Bagi yang baru nak belajar meniaga tanpa modal, bolehla jadikan ia sebagai satu titik tolak menjadi usahawan. Bagi yang teringin menambahkan koleksi barangan peribadi tanpa mengeluarkan belanja yang besar, boleh cuba-cuba cari disini. Dan kepada pihak berwajib, tempat ini jika dikembangkan dengan betul dan dijaga matlamat asal, ia pasti akan terpahat dalam buku pelancongan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *