Tag: Car Boot Sale at Bistari De’ Kota’

(SEMASA) ‘Car Boot Sale at Bistari De’ Kota’ batu loncatan buat peniaga baru

DSCN4270

Kecelaruan berkenaan konsep ‘Car Boot Sales’ antara pemangkin kepada semangat Mohd Nazim Hj Badruddin atau di kenali sebagai Gigs oleh rakan-rakan rapat, untuk mewujudkan sebuah tempat bagi ‘car boot sales’ yang sebenar. Dengan sokongan moral rakan-rakan, beliau telah mewujudkan satu platform di Kota Damansara yang dikenali sebagai ‘Car Boot Sale at Bistari De’ Kota’ bertempat di Bistari De’ Kota, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara. Caranya cukup mudah, buka bonet kereta dan pamerkan barang jualan. Barang yang dibenarkan untuk jualan hanyalah barang terpakai. Barangan baru, makanan dan minuman tidak dibenarkan sama sekali. Manakala sewa tapak amat murah, hanya RM10 sahaj untuk satu parking lot. Bayaran inilah yang akan digunakan untuk belanja mengurus, membuat banner, flyers dan urusan promosi lain. Read more →