(SEMASA) HYPPTV MEMPERKENALKAN 7 SALURAN UNIK DAN MENARIK UNTUK PELANGGANNYA DI SELURUH NEGARA

Spread the love

_MG_1656_lowres

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, hari ini melancarkan HyppSensasi – saluran gaya hidup dan hiburan tempatan YANG PERTAMA, menayangkan program-program unik dan terbitan eksklusif berbahasa Malaysia dalam Definisi Tinggi (HD) di platformnya. HyppSensasi, kini boleh didapati di Saluran 116 dan boleh ditonton bermula 4 Ogos 2014.

Pada majlis pelancaran HyppSensasi, HyppTV turut memperkenalkan enam (6) saluran unik terbaru untuk pelanggannya, semuanya dalam bulan September!

6 saluran terbaru tersebut, yang boleh ditonton di HyppTV bermula 1 September 2014, adalah Comedy Central HD (Saluran 609), CinemaWorld HD (Saluran 650), Motorvision HD (Saluran 712), SCM (Saluran 228) dan Playbox HD (Saluran 833) sementara NHK (Saluran 414) telah  mula ditayangkan sejak 1 Julai 2014.

Saluran-saluran terbaru tersebut telah dilancarkan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM, dalam satu majlis yang diadakan di taman trampoline terbesar di Asia, JumpStreet, bertempat di Petaling Jaya.

Mengulas mengenai pelancaran tersebut, Jeremy berkata, “Kami berbangga dengan pelancaran HyppSensasi, saluran berbahasa Malaysia 24 jam terbitan kami sendiri dengan program-program yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga seperti program berbentuk game show, drama dan program realiti dalam Definisi Tinggi (HD). Pelancaran ini merupakan satu daripada kejayaan HyppTV bagi tahun 2014, yang turut menggambarkan komitmen berterusan kami untuk bekerjasama dengan syarikat penerbitan tempatan untuk menghasilkan kandungan-kandungan segar. Antaranya adalah program game show pertama kami iaitu “Tu Dia”, program hiburan keluarga yang disertai oleh selebriti-selebriti tempatan dan peserta-peserta di mana mereka akan bersaing dalam satu permainan mudah, tetapi ‘gila-gila’. Selain itu, kami juga berbesar hati untuk memperkenalkan saluran-saluran yang belum pernah ditayangkan di Malaysia kepada para pelanggan kami seperti Comedy Central HD, CinemaWorld HD, SCM dan Playbox HD. Selain itu, Universal Channel HD dan SyFy HD merupakan dua saluran baru yang boleh didapati di HyppTV Everywhere.”

“Usaha ini merupakan bukti kepada janji kami pada awal tahun ini untuk menambahbaik kandungan dan perkhidmatan kami secara konsisten. Kami terus mempertingkatkan penawaran kami dengan menyediakan kandungan hiburan tempatan dan antarabangsa yang berkualiti tinggi untuk ditawarkan kepada pelanggan kami. Pengenalan tujuh (7) saluran terbaru di HyppTV ini, dengan dua (2) saluran baru di HyppTV Everywhere menjadikan jumlah saluran di HyppTV menjadi 121 saluran, dan 60 saluran kini boleh didapati di HyppTV Everywhere, justeru mengukuhkan kedudukan HyppTV dalam pasaran TV berbayar. Kami berharap agar dapat memenuhi permintaan pelanggan dengan menawarkan kandungan yang dinamik, segar dan inovatif dan pada masa yang sama menggalakkan pertumbuhan industri hiburan tempatan,” tambah Jeremy.

Bersempena dengan pelancaran tersebut, pelanggan HyppTV boleh menggunakan fasiliti yang terdapat di Jumpstreet secara percuma apabila mereka membawa bersama bil UniFi atau Streamyx 4Mbps & 8Mbps yang membolehkan mereka untuk menebus empat (4) pas masuk. Pelanggan HyppTV turut berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti bersama selebriti kegemaran mereka yang hadir pada hari ini seperti permainan trampoline dodgeball dan bola keranjang untuk pengalaman keceriaan dan keriangan di tapak trampoline tersebut.

Suasana pada majlis tersebut dihangatkan lagi dengan kehadiran para selebriti tempatan seperti Farish Aziz, Azza Suaymi, Amir Jahari, Azwan Kombos, Shahronizam Noor, Julia Zieglar, DJ Bob Ringgo, Ieda Moin, Sasha Saidin, Azam Pitt, Syed Ali, Faradhiya dan ramai lagi. Acara tersebut turut dihadiri oleh penyampai-penyampai radio Suria FM, rakan radio rasmi acara  ini, serta artis-artis tempatan di bawah label Rumpun Music, Universal Music dan KRU Records.

Bagi meraikan pelancaran tersebut, HyppTV turut menawarkan para pelanggannya tayangan percuma satu (1) bulan untuk saluran-saluran baru berkenaan sehingga 1 Oktober, kecuali untuk HyppSensasi manakala Playbox HD ditawarkan dalam bentuk saluran Video On Demand.

Untuk pengguna aplikasi HyppTV Everywhere, saluran-saluran terbaru terutamanya HyppSensasi, Comedy Central HD , Motorvision HD dan CinemaWorld HD boleh didapati menerusi pelbagai skrin mulai bulan ini bersama-sama dengan Universal Channel HD dan Syfy HD, menandakan kemasukan saluran ini dalam platform pelbagai peranti buat pertama kali untuk ditonton oleh pelanggan HyppTV.

 

HyppSensasi (HyppTV Saluran 116)

Saluran ini mengandungi pelbagai kandungan tempatan yang menarik khas untuk penonton Melayu di seluruh negara. Satu daripada program utama di HyppSensasi adalah “Tu Dia”, sebuah program game show menarik, sesuatu yang belum pernah ditonton sebelum ini yang pasti akan menggelikan hati penonton. Dihoskan oleh tiga (3) orang hos muda yang berbakat besar, Alif Satar, Zoey Rahman dan Farish Aziz, program ini memperlihatkan selebriti dan peserta yang terdiri daripada orang ramai mengambil bahagian dalam cabaran permainan-permainan unik “Tu Dia”. Untuk penggemar muzik di HyppTV, “Beats Sensasi” merupakan program yang menayangkan video muzik tempatan dari artis-artis yang terkenal seperti Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Misha Omar, Ning Baizura dan banyak lagi. Selain itu, HyppSensasi turut menayangkan filem dan drama bersiri tempatan.

 

Comedy Central HD (HyppTV Saluran 609)

Comedy Central merupakan rangkaian komedi terbesar di dunia dan merupakan satu-satunya saluran komedi yang ditayangkan selama 24 jam dan menayangkan komedi tempatan dan luar negara eksklusif. Di antara program terkenal saluran ini adalah kandungan yang pernah memenangi anugerah Emmy® and Peabody® iaitu “The Daily Show with John Stewart”, “Saturday Night Live”, “South Park” (boleh ditonton untuk masa yang terhad menerusi Comedy Central HD Video On Demand), “Key & Peele” dan banyak lagi. Saluran ini mempunyai ciri-ciri time shift, catch-up dan boleh ditonton di HyppTV Everywhere, menerusi peranti pintar dan PC. Ia turut didatangkan bersama dengan saluran Video On Demand iaitu Comedy Central HD on Demand (Saluran 851).

CinemaWorld HD (HyppTV Saluran 650)

Saluran ini menghimpunkan filem-filem antarabangsa yang pernah memenangi anugerah merentasi pelbagai budaya untuk pelanggan HyppTV. Antara filem dalam bulan September adalah “Living Is Easy With Eyes Closed” dari Sepanyol yang telah memenangi pelbagai anugerah di Goya Awards 2014 dan “This is England”, pemenang “Best British Film” di BAFTA Film Awards 2008. Mempunyai ciri-ciri time shift, catch up dan tontonan di pelbagai skrin menerusi HyppTV Everywhere, saluran ini boleh didapati di CinemaWorld HD On Demand (Saluran 850) sebahagian daripada penawaran Video On Demand di HyppTV.

SCM (HyppTV Saluran 228)

SCM merupakan saluran filem berbahasa Cina nombor satu di Asia dan merupakan pilihan utama bagi peminat filem-filem blockbuster berbahasa Cina, dengan lebih daripada 1,000 judul dalam inventori filemnya. SCM menyediakan kandungan premium yang ditayangkan buat kali pertama dan perkhidmatan-perkhidmatan termaju. Menayangkan filem-filem hits box-office dari Hong Kong, Tanah Besar China dan Taiwan, SCM menjanjikan filem-filem eksklusif daripada pengeluar filem terbaik dari China dan Asia dan daripada studio-studio utama seperti Emperor Motion Pictures, Media Asia, Pegasus dan Fortune Star. Selain filem-filem hebat, SCM turut menawarkan kombinasi program siaran langsung terbaik, konsert-konsert besar dan dokumentari Asia berbahasa Kantonis atau Mandarin dengan sari kata Bahasa Cina dan Inggeris.

Motorvision HD (HyppTV Saluran 712)

Merupakan saluran HD pertama yang dikhaskan untuk program mengenai kereta dan gaya hidup yang bertepatan. Dari penampilan istimewa kereta-kereta eksotik dan mewah sehinggalah kepada preview eksklusif model terbaru daripada jenama terkemuka dalam dunia automotif – termasuk program terbaru Porsche Carrera Cup, Ferrari Challenge EU, EURO V8 Series, GT Masters dan banyak lagi. Motorvision TV menawarkan pelbagai program gaya hidup dan hiburan automotif dalam bentuk HD. Saluran tersebut boleh ditonton menerusi time shift, catch-up dan boleh didapati di HyppTV Everywhere.

 

NHK World HD (Saluran 414)

 

NHK World TV menyediakan program selama 24 jam, yang bukan sahaja menayangkan slot berita “NEWSLINE”, malah pelbagai perspektif mengenai hal ehwal kewangan dunia seperti “Asia This Week”, “ASIA BIZ FORECAST” dan “ASIAN VOICES”. Saluran ini turut menawarkan pelbagai pilihan mengenai teknologi, gaya hidup dan hiburan, termasuk “Journeys in Japan”, “Great Gear”, “Cool Japan”, “Lunch ON!” dan “J-FLICKS”. Saluran ini juga boleh didapati menerusi HyppTV Everywhere.

 

Playbox HD (Saluran 833)

 

Sebuah  saluran Video on Demand “Semua dalam Satu” menawarkan filem box office dan siri-siri televisyen popular di Malaysia dan luar negara, yang diterbitkan atau dibeli oleh KRU Media. Antara filem yang ditayangkan pada bulan September merupakan filem-filem box office seperti “Hikayat Merong Mahawangsa”, “Karak”, “29 Februari”, “Magika”, “Jin Notti”, “Cicakman”, dan “Hantu Kapcai”. Saluran ini turut menampilkan filem-filem antarabangsa seperti “Planet 51”, “Sunshine Barry & The Disco Worms” dan “Stranded”.

Dengan penambahan saluran-saluran baru, HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 121 saluran dengan 41 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 54 saluran premium, 21 saluran percuma, 8 saluran Radio, 16 saluran Video -On -Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Sementara itu, 60 Saluran kini boleh didapati di HyppTV Everywhere yang terdiri daripada 40 saluran premium, 11 saluran percuma dan 9 saluran Video-On-Demand (VOD). HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang tersedia untuk penonton tanpa mengira cuaca melalui pakej kediaman dan perniagaan bagi  UniFi dan Streamyx. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati dunia hiburan yang telah dihimpunkan melalui HyppTV Everywhere. Setakat ini, HyppTV mempunyai hampir 700,000 pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan lawati laman Facebook kami di www.facebook.com/hyppworld.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *