(SEMASA) Lebih Seronok, Lebih Sihat dengan Antabax di Desa Water Park

Spread the love

Antabax002

Antabax, rangkaian sediaan jaga diri antibakteria yang inovatif dan dipercayai, telah  melancarkan kempen pendidikan dan kesedaran besar-besaran di taman tema Desa Water Park dalam bentuk papan iklan, kertas hiasan dinding, hiasan tiang dan poster, dan pengedaran produk-produk Antabax kepada pengunjung, dengan tujuan menjadikan musim percutian lebih menyihatkan.

Kempen tersebut yang bermatlamat memperbaiki tabiat kebersihan umum di kalangan rakyat Malaysia termasuk ketika waktu senggang dan percutian, memberikan peringatan yang sarat dengan maklumat di segenap pelosok taman hiburan keluarga yang popular dengan pelbagai tarikan air dan gelongsor di Taman Danau Desa, Kuala Lumpur.

Poster dan kertas hiasan dinding dengan maklumat berguna mengenai kebersihan dipaparkan dengan jelas di lokasi yang paling efektif seperti pintu masuk dan pintu keluar tandas, tempat mandi dan bilik salin pakaian.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Sediaan Jaga Diri  Lam Soon Edible Oil, Encik Francis Ng, “Tidak seperti manusia, kuman tidak mengenal rehat. Kadangkala ketika bercuti, kita jadi agak cuai tentang kebersihan. Apabila terlupa membawa sabun atau krim mandian, kita sekadar membilas badan dengan air sahaja. Antabax ingin mengajak semua agar menjadikan tabiat kebersihan sebagai sebahagian penting gaya hidup mereka, sebagai tabiat yang akan sentiasa diamalkan walaupun ketika keluar daripada rutin harian.”

Antabax telah sekian lama mempromosi amalan kesihatan dan kebersihan secara konsisten menerusi kaedah yang kreatif dan luar biasa. Terbaru, jenama tersebut telah menganjurkan pertandingan puisi berirama peringkat kebangsaan dan menghasilkan rancangan televisyen popular di Astro Ria, Antabax Lat-Tali-Lat.

“Pendekatan yang kami gunakan lebih kepada kreativiti dan bukannya khutbah. Kami cuba mengenal pasti situasi-situasi di mana selalu berlaku kealpaan dalam tabiat kebersihan. Antara yang dikenal pasti adalah ketika orang bercuti atau waktu senggang. Kerjasama kami dengan Desa Water Park ini diharapkan membawa perubahan positif,” tambah Encik Ng.

Bagi membolehkan pengunjung mengamalkan apa yang mereka lihat pada bahan-bahan pendidikan tersebut, paket-paket produk Antabax akan diedarkan pada hujung minggu dan cuti umum tertentu sehingga akhir 2014.

“Desa Water Park telah dikenal pasti sebagai tempat yang ideal bagi memulakan kempen ini memandangkan ia dikunjungi ramai keluarga. Ini sejajar dengan rangkaian produk Antabax yang sesuai untuk seisi keluarga,” jelas Encik Ng.

Menurut Pengurus Taman Desa Water Park, Encik David Wan, “Sebagai sebuah taman tema bandar, kami sentiasa dikunjungi pelawat terutamanya pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Kami sebelum ini ada juga tercari-cari aktiviti berbentuk pendidikan yang boleh disesuaikan dengan konsep kami iaitu keseronokan bermandi-manda. Kempen Antabax ini terbukti popular di kalangan pengunjung kami. Mereka sukakan peringatan-peringatan yang comel ini yang menggalakkan mereka membasmi kuman dengan tabiat kebersihan,” kata Encik Wan.

“Kerjasama kami dengan Antabax ini adalah tepat pada masanya dan relevan pula kerana ia menekankan tabiat kebersihan berbentuk pencegahan yang sepatutnya diamalkan oleh kesemua pengunjung. Sumbangan Antabax dalam bentuk bahan-bahan pendidikan berkualiti tinggi dan sabun untuk pengunjung amat bermakna dalam mencetuskan amalan kebersihan di kalangan pengujung dengan mempelajari cara-cara yang betul dan tips kebersihan diri semasa bergembira di taman tema kami,” kata Encik David.

Maklumat lanjut mengenai kerjasama ini boleh diperolehi di www.facebook/NewAntabax..


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *