(HIBURAN) SEPAHTU juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013

Spread the love

sepahtu-mlm-finaleGMO

Seperti yang dijangka ramai, kumpulan  SEPAHTU  telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013. SEPAHTU yang diwakili oleh Shuib, Jep dan Rahim menewaskan empat peserta lain SHIRO, BOCEY, JAMBU dan peserta solo NABIL di pentas akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Membawakan persembahan lawak yang bertemakan muzikal dan bebas itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi.

Kumpulan JAMBU pula hanya mampu menduduki tempat ke empat dan kumpulan SHIRO pula menduduki tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Kejutan bagi penulis, apabila kumpulan yang dianggap ‘underdog/junior’ dalam persaingan akhir ini iaitu BOCEY berjaya menduduki tempat ke 3. Kejayaan ini membuktikan kemampuan pelawak-pelawak lain yang bukan datang dari saluran Astro, mampu bersaing dengan pelawak-pelawak lebih senior di Malaysia. Penulis amat berminat untuk melihat kumpulan-kumpulan lawak beridea baru seperti BOCEY dan SYJ muncul memeriahkan lagi arena lawak tanah air. Kumpulan BOCEY  menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi dan turut sama memenangi kategori Man of the Match pada kali ini.

Manakala peserta solo iaitu NABIL berada di tempat kelima. NABIL mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi. Setelah terpalit dengan kontroversi sebelum ini, Nabil telah meminta maaf secara terbuka kepada Luna Maya dan peminat MLM pada satu program Astro. Pada malam akhir tersebut, Nabil sekali lagi membuat ucapan maaf secara terbuka walaupun sebelum ini beliau bertegas untuk tidak meminta maaf dan menganggap beliau tidak melakukan kesilapan. Apapun, bagi pihak penulis, NABIL telah melakukan sesuatu tindakan yang betul kerana merendah diri untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, syabas buat NABIL.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah. Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2013 akhir itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikal dan Nora Danish. Pentas akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 telah dihoskan oleh Datuk AC Mizal. Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *