BENTONG, 14 November 2026 – LEXIN Malaysia hari ini memperkenalkan tiga model interkom Bluetooth motosikal terbaharu, iaitu LEXIN Zen One, LEXIN G2 EVO dan LEXIN MTX Trico, menerusi acara LEXIN Mega Launch x Soon Heng Bikers Gathering yang berlangsung di Laman To’ki, Bentong.
Barisan produk terbaharu itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LEXIN, Jacky Hong, bersama Pengurus Jualan, Mohamad Zam Roji dan Pengurus Pemasaran, Aizat Shaha, di hadapan wakil media, pencipta kandungan, pengedar serta komuniti penunggang motosikal dari seluruh Malaysia.
Bagi kebanyakan penunggang motosikal di Malaysia, telefon pintar merupakan sebahagian daripada keperluan setiap perjalanan, sama ada untuk mendapatkan panduan arah, menerima panggilan daripada pelanggan dan ahli keluarga, mahupun memastikan komunikasi antara ahli kumpulan ketika menunggang bersama.
Interkom Bluetooth yang dipasang pada topi keledar membolehkan penunggang menjawab panggilan, mengikuti arahan GPS, berkomunikasi dengan kumpulan serta mendengar muzik tanpa perlu menyentuh telefon. Ini membolehkan tangan kekal pada hendal dan mata terus tertumpu ke jalan raya.
Menerusi barisan produk baharu ini, LEXIN menyasarkan untuk menjadikan teknologi Bluetooth sebagai kelengkapan standard bagi setiap tunggangan, bukannya ciri tambahan yang hanya ditawarkan pada produk premium.
LEXIN Zen One – Pilihan untuk kegunaan harian
LEXIN Zen One direka untuk penunggang motosikal yang menggunakan motosikal setiap hari, termasuk penghantar yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka di jalan raya.
Antara ciri yang ditawarkan termasuk teknologi pembatalan hingar DSP dan CVC, pembesar suara 40mm yang memberikan audio jelas pada kelajuan sehingga 150km/j, tempoh penggunaan sehingga 25 jam, sokongan Siri dan S-Voice serta badan peranti kalis air.
LEXIN Zen One ditawarkan pada harga runcit disyorkan (RRP) RM98.
LEXIN G2 EVO – Prestasi audio dan komunikasi dipertingkatkan
LEXIN G2 EVO menggunakan teknologi Bluetooth 5.4 dengan ciri dwi-Bluetooth multi-audio, pembesar suara HD 40mm, teknologi pembatalan hingar serta jarak komunikasi interkom sehingga 1,200 meter.
Dilengkapi bateri berkapasiti 1,000mAh, peranti ini menawarkan tempoh penggunaan sehingga 30 jam untuk muzik atau panggilan telefon, atau sehingga 15 jam bagi penggunaan muzik bersama interkom.
Ia turut menyokong pengecasan pantas USB-C serta dilengkapi sarung luaran yang boleh ditukar mengikut pilihan pengguna.
LEXIN G2 EVO ditawarkan pada harga runcit disyorkan RM258 bagi pakej satu unit dan RM498 bagi pakej dua unit.
LEXIN MTX Trico – Direka untuk tunggangan berkumpulan
LEXIN MTX Trico pula dibangunkan khusus untuk aktiviti tunggangan berkumpulan dengan teknologi Mesh 3.0 yang menyokong 10 saluran komunikasi, persidangan mesh sehingga 24 penunggang, interkom Bluetooth untuk dua penunggang serta jarak komunikasi sehingga 2,000 meter.
Model ini turut dilengkapi pembesar suara LEXIN Pulse bersaiz 43mm, fungsi perkongsian muzik, teknologi pembatalan hingar, pengecasan pantas USB-C serta badan peranti kalis air.
LEXIN MTX Trico ditawarkan pada harga runcit disyorkan RM498.
Pilihan warna yang ditawarkan:
- LEXIN Zen One: Hitam, Oren, Biru, Hijau dan Merah Jambu.
- LEXIN G2 EVO: Hitam, Hijau, Merah dan Biru.
- LEXIN MTX Trico MeshCom: Pilihan warna seperti yang dipaparkan.
Ketua Pegawai Eksekutif LEXIN, Jacky Hong berkata, penunggang motosikal di Malaysia menghabiskan masa yang panjang di jalan raya, sama ada untuk bekerja mahupun memenuhi minat terhadap dunia permotoran.
“Melalui barisan produk terbaharu ini, setiap penunggang berpeluang menikmati komunikasi yang jelas dan kualiti bunyi yang baik pada harga berpatutan, selain mendapat sokongan selepas jualan yang disediakan di Malaysia,” katanya.
LEXIN mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam teknologi audio dan komunikasi Bluetooth, disokong lebih 10 pakar penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalaman serta memiliki lebih 100 paten antarabangsa.
Setiap produk interkom LEXIN turut menjalani ujian dan pensijilan mengikut piawaian CE, FCC, IC, KC dan MCMC.
Jenama ini kini dipasarkan di 11 negara, manakala tanda dagangannya telah didaftarkan di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun. Secara keseluruhan, lebih tiga juta unit produk LEXIN telah terjual di seluruh dunia.
Setiap interkom LEXIN didatangkan dengan waranti dua tahun, manakala baterinya dilindungi waranti selama tiga tahun.
Sebarang kerosakan akibat kecacatan pengilangan akan diberikan penggantian unit baharu secara 1-untuk-1 di mana-mana pengedar sah LEXIN dengan mengemukakan resit pembelian.
Pengurus Pemasaran LEXIN, Aizat Shaha berkata, perkhidmatan selepas jualan merupakan antara aspek paling penting yang diberi perhatian oleh syarikat itu.
“Sekiranya penunggang menghadapi sebarang masalah, mereka boleh mengunjungi mana-mana pengedar kami untuk mendapatkan unit gantian.
“Kami melihat diri kami sebagai sebahagian daripada komuniti penunggang motosikal, bukannya sekadar jenama yang menjual produk kepada mereka,” katanya.
Acara pelancaran itu turut dianjurkan dengan kerjasama Soon Heng Bikers selaku Penaja Utama, selain rakan kerjasama acara iaitu GIVI Helmet, MotorWorld, PJ Wah, RC Big Bike Rental, DJI Malaysia dan OUD’s GLOW.
Rakan-rakan kerjasama berkenaan turut memeriahkan acara menerusi pembukaan reruai untuk pengunjung, manakala tetamu istimewa, Anita Yusof, turut berkongsi pengalaman beliau dalam dunia permotoran.
LEXIN Zen One, G2 EVO dan MTX Trico kini boleh didapati menerusi semua pengedar sah LEXIN di seluruh negara.
Orang ramai yang berminat boleh menghubungi pengedar sah LEXIN berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pembelian.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada khidmat pelanggan LEXIN menerusi WhatsApp di talian +6016-670 2329 atau +6017-950 4817.
