(SEMASA) Majlis Pelancaran Buku Filem J REVOLUSI Edisi Terhad

Spread the love

sdr

PETALING JAYA, 4 November 2017 – Primeworks Studio dan Infinitus Productions hari ini melancarkan Buku Filem J REVOLUSI Edisi Terhad terbitan bersama KADOKAWA GEMPAK STARZ di Popular, Sunway Pyramid.

dav

Buku Filem J REVOLUSI Edisi Terhad ini menampilkan pelbagai kandungan eksklusif filem terbitan Grand Brilliance dan Infinitus Productions. Memuatkan pelbagai info dan fakta menarik, pembaca dapat mengetahui apa yang belum didedahkan dari filem seperti kelengkapan yang digunakan, kisah di sebalik tabir, lagak ngeri, kerjasama dengan Unit Tindakhas (UTK), jelajah bersama peminat dan banyak lagi.

Yang paling menarik adalah 14 muka surat komik eksklusif berjudul J REVOLUSI GAIDEN berkisar prekuel cerita menampilkan karakter Jay Zulkarnain dan karakter baharu belum pernah muncul dalam filem. Komik ini dilukis Wilson Lew, artis komik KADOKAWA GEMPAK STARZ.

Menurut Wilson, dia mengambil masa dua minggu untuk mencari idea rekaan cerita, watak dan jalan cerita. Dua minggu kemudian baru memfokuskan lakaran komik.

“Buku Edisi Terhad yang dihasilkan daripada filem ‘J Revolusi’ ini adalah sesuatu yang baharu daripada kami. Kami berharap agar peminat yang telah menonton filem ‘J Revolusi’ bakal memberikan sokongan dan sambutan hangat terhadap buku ini. Kami juga berterima kasih kepada KADOKAWA GEMPAK STARZ yang telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menerbitkan naskhah ini. Selain itu, buku ini menjadi pelengkap kepada filem ‘J Revolusi’. Ia bakal membawa pembaca untuk menyingkap kisah-kisah suka dan duka sepanjang pembikinan,” kata Nor Shahila Harun Shah, Pengurus Besar Grand Brilliance.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Zul Ariffin, pemegang watak Jay Zulkarnain yang merupakan ketua serangan UTK (Unit Tindakhas) dalam filem J Revolusi. Beliau turut meluangkan masa bertemu peminat dan menandatangani buku filem tersebut. Filem aksi ‘J Revolusi’ terbitan Grand Brilliance dan Infinitus Productions juga mencatat kutipan box office sebanyak RM7.2 juta.

“Kami di Infinitus Productions berterima kasih kepada pihak KADOKAWA GEMPAK STARZ kerana selalu memberi sokongan kepada filem tempatan. Telah sampai masanya sebuah filem boleh dinikmati dalam pelbagai cara dan rupa. Dari filem kepada permainan mudah alih, grafik novel dan kini buku filem. Ia adalah salah satu cara peminat mendapat sedikit sebanyak cerita belakang tabir, insights daripada artis dan key personnel filem untuk disimpan menjadi kenangan selama-lamanya. Ribuan terima kasih kepada hero Malaya kami yang sudi meluangkan masa
untuk majlis ini dan artis yang telah meminjam cerita insider untuk buku ini,” kata Gayatri Su-lin Pillai, Penerbit filem ‘J Revolusi’.

Buku ini juga mengandungi temu bual bersama pelakon utama di mana pelbagai cerita suka duka belum pernah didedahkan dikongsi bersama peminat. Dengan hasil kerjasama KADOKAWA GEMPAK STARZ bersama Infinitus Productions dan Primeworks Studios, Buku Filem Edisi Terhad ini sudah tersedia di kedai buku terpilih dengan harga RM15.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *