(SEMASA) TV Skrin Melengkung OLED yang Pertama di Dunia Diperkenalkan pada Pameran Produk LG Malaysia

 LG_04

LG Electronics Malaysia (LG) mengukuhkan penguasaannya dalam segmen hiburan dan perkakasan di rumah apabila memperkenalkan rangkaian produk yang menampilkan teknologi terkini dan paling inovatif. Diterajui oleh TV dengan skrin melengkung OLED (Curved OLED TV) yang pertama di dunia, acara pameran produk bertemakan “With LG, It’s All Possible” membuktikan komitmen LG dalam menawarkan nilai serta pengalaman berbeza dalam rangkaian produknya yang cukup luas.

LG

“Pameran produk ini membolehkan LG untuk menunjukkan komitmen berterusan kami kepada pengguna bahawa apabila menyentuh tentang inovasi, teknologi pintar dan reka bentuk bergaya, LG memang tiada tandingan. Acara pada hari ini juga membuktikan penguasaan LG dalam teknologi paparan menerusi pengenalan TV LG berskrin melengkung OLED (LG Curved OLED TV) yang pertama di dunia. Ia telah menetapkan penanda aras serba baharu dalam pengalaman menonton televisyen,” kata Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, David Oh.

“Selain Curved OLED TV, kami juga teruja untuk memperkenalkan Ultra HDTV, sistem operasi TV pintar, webOS serta rangkaian produk perkakasan rumah LG,” tambah Oh.

 

Alami Pengalaman Menonton yang Mendalam denganLG Curved OLED TV

TV dengan skrin melengkung OLED (Curved OLED TV) yang pertama di dunia ini menampilkan ciptaan paling canggih setakat ini dalam teknologi paparan melengkung yang memenuhi julat pandangan manusia secara semula jadi.  Bentuk optimal bagi mana-mana paparan menawarkan jarak yang sama daripada semua bahagian skrin kepada mata. Sama ada ia muncul di bahagian tengah atau sisi skrin.

 

Bersaiz 55 inci, LG Curved OLED TV menawarkan paparan yang mendalam dengan imej-imej yang sempurna seolah-olah ia benar-benar ada di situ dan bukan sekadar berada di dalam satu panel rata dua dimensi.

“Dengan asas yang kukuh dalam bidang R&D, di samping integrasi teknologi-teknologi termaju dan inovatif, kami yakin bahawa LG Curved OLED TV yang telah memenangi pelbagai anugerah ini akan menetapkan penanda aras baru dalam pengalaman menonton dengan paparan yang mendalam. LG akan terus memanfaatkan kepakaran teknologi dan rekaannya demi memacu kemajuan televisyen untuk generasi seterusnya,” kata Oh.

LG Ultra HD TV Mencapai Tahap Baru dari segi Kualiti Gambar dan Operasi Pintar

LG Ultra HD TV baharu menawarkan kualiti gambar yang luar biasa dengan resolusi empat kali ganda berbanding TV HD penuh (full HD) dan lapan kali ganda lebih tinggi berbanding TV HD standard. Dengan resolusi 8.3 Megapiksel, LG Ultra HD TV mampu menyediakan gambar yang amat jelas dan tajam walaupun dilihat dari jarak dekat. LG Ultra HD TV baharu juga boleh mengubah kualiti gambar biasa menjadi seperti memiliki kualiti Ultra HD – terima kasih kepada ciri inovatif yang dikenali sebagai ULTRA HD Resolution Upscaler.

Sementara itu, sistem operasi TV pintar terbaharu LG, webOS membolehkan pengguna  membuat tetapan, mencari dan melihat kandungan. Penyambungan dengan peranti lain juga dipermudahkan, terima kasih kepada webOS.  Ciri-ciri utama webOS seperti Simple Switching, Simple Discovery dan Simple Connection juga telah menerima pengiktirafan daripada pihak Underwriters Laboratories (UL) serta Intertek.

LG Menjadikan Segalanya Mungkin dengan Penyelesaian Kediaman yang Lebih Pintar

Pada pameran produk perkakasan rumah ini,  LG memperkenalkan satu rangkain produk yang luas meliputi peti sejuk, mesin basuh, mesin pencuci pinggan mangkuk, unit-unit pendingin hawa, penulen udara dan pembersih hampagas. Peti sejuk LG terkenal kerana penggunaan tenaga yang rendah, lebih senyap dan tahan lama. Peti sejuk LG juga menggunakan teknologi Inverter Linear Compressor yang membantu mengurangkan geseran dalaman, sekali gus menawarkan kawalan penyejukan yang lebih tepat.

Basuhan pintar pula dapat dilakukan menerusi teknologi 6 Motion Direct Drive LG yang menawarkan putaran yang boleh diubah suai untuk pelbagai jenis fabrik. Teknologi 6 Motion Direct Drive yang hanya ada pada mesin basuh LG membolehkan fungsi TurboWash memberikan basuhan yang bersih dan menjimatkan tenaga dalam kalangan mesin basuh muatan hadapan.

Mesin pencuci pinggan mangkuk LG terkenal dengan cirinya yang cekap tenaga. Pada masa yang sama direka untuk memberi prestasi mengagumkan. Kemasan penuh gaya pencuci pinggan mangkuk ini menjadikannya sebuah peralatan yang mesti dimiliki oleh mana-mana isu rumah moden.

Unit-unit pendingin hawa menampilkan usaha berterusan LG dalam membangunkan teknologi dan inovasi untuk yang membantu pelanggan kekal sihat, serta menjimatkan kos tenaga. Dikuasakan oleh teknologi Inverter V LG yang revolusionari, pendingin hawa LG mampu beroperasi pada kelajuan maksimum untuk mencapai suhu yang dimahukan dengan pantas.

 

Dalam usaha memastikan kualiti udara, Penulen Udara LG (LG Air Purifier) menghapuskan bau busuk, alergen terurai dan menapis bakteria dengan fungsi penapisan 6 langkahnya. Kualiti udara dipantau secara berterusan melalui Smart Lighting – ketulenan udara akan dijelaskan menerusi warna bergantung sama ada udara itu bersih, sedikit tercemar atau sangat tercemar.

Tidak kurang pentingnya, LG turut merevolusikan produk penyelesaian pembersihan rumah menerusi pengenalan pembersih vakum robotik tercanggih berbentuk segi empat sama, HOM-BOT SQUARE. Produk inovatif ini menunjukkan perubahan besar terhadap prestasi pembersihan melalui ciri Corner Master yang baru dibangunkan oleh LG.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *