Tag: astro

(HIBURAN) ERA fm RAIKAN ULANGTAHUN YANG KE 15

IMG_0735

Tanggal 1 Ogos  titik bersejarah buat radio yang popular dengan tagline Muzik Hit Terbaik ini! Kerana, ERA fm pada tahun ini genap berusia 15 tahun! ERA fm, salah sebuah radio yang beroperasi di bawah payung Astro Radio, mencatat sejarah kerana menjadi stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Malayu sejak ditubuhkan pada 2008.  Terbukti, radio yang mempersembahkan pelbagai program menarik menepati citarasa pendengar masa kini, masih lagi menjadi pilihan masyarakat Malaysia berumur 18 hingga 34,  apabila dapat mengekalkan takhta mereka sebagai stesen radio nombor satu sehingga hari ini.  Bersempena bulan yang mulia ini, pelbagai acara menarik bakal di sampaikan khas oleh keluarga serta barisan penyampai – penyampai ERA fm bagi menyemarakkan lagi lebaran pada tahun ini. Read more →

(HIBURAN) Fear Factor Malaysia

fear fac musim 2

Astro Ria buka peluang orang ramai untuk berganding bahu dengan 16 selebriti tempatan dalam program Fear Factor Malaysia buat julung kali!

Berikutan kejayaan dan penerimaan positif program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia yang ternyata berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air, pihak Astro Ria selaku Saluran Hiburan Melayu Utama meneruskan usaha dan komitmen dalam membekalkan kandungan program hiburan yang berkualiti dengan membawakan sebuah lagi program hebat di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia yang akan memulakan saringan pertama sesi uji bakat secara online bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013. Read more →

(HIBURAN) “Penglipur Lara” Impian Hazama

IMG_6439gmoHazama Ahmad Azmi atau lebih dikenali sebagai Hazama yang merupakan bekas juara Akademi Fantasia musm ke 9 telah melancarkan album solo beliau yang bertajuk ‘Penglipur Lara’. Penantian selama 7 tahun sejak bergelar anak seni akhirnya terubat apabila album yang mengandungi 9 buah lagu ini diperkenalkan kepada para peminat di majlis pelancaran dan mini showcase dihadapan peminat tegar beliau. Album berkonsepkan pop rock ini menampilkan ramai komposer antaranya Audi Mok, Omar K, Manusia Putih, Mike Chan, Zel Hadauan, Cat Farish dan Hazama Sendiri. Album ini diedarkan oleh Warner Music di mana ia juga boleh dimuat turun menerusi telefon bimbit Read more →

(HIBURAN) Kumpulan Wala Juara Raja Lawak musim ke 7

IMG_6090crop

Teka-teki siapakah yang bakal merangkul gelaran juara! di gelanggang akhir Raja Lawak Musim Ke-7 akhirnya terjawab apabila kumpulan Wala yang terdiri daripada Wan Mustapha Muntek dan Walawd Parman berasal dari Sabah dinobatkan selaku juara di gelanggang akhir Raja Lawak 7. Selaku juara, kumpulan itu berjaya meraih hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi. Manakala naib juara dimenangi oleh kumpulan Sakan yang dianggotai oleh Husni Hussain, Ku Ismafaizul Ku Ismail dan Mohd Saiful Nizam Mansor dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000. Manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan dari Singapura iaitu Bora dan Gamat berada di tempat keempat. Bora dan Gamat tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Read more →

(HIBURAN) SYURA ungguli MasterChef Selebriti Malaysia 2

IMG_5673Setelah bertarung sengit dengan 18 orang lagi selebriti popular Malaysia, penyanyi Syura akhirnya telah dinobatkan sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua . Syura memenangi pertandingan ini di finale yang penuh dramatik dengan menewaskan Celina Khor. Sebagai pemenang MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua ini, Syura menyumbangkan RM60,500 kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu BREAST CANCER WELFARE ASSOCIATIONS OF FEDERAL TERRITORY. Read more →