Tag: Filem

(HIBURAN) MAYA & BRONT SEDIA MENCANTAS CINTA

untitled-38

Apakah yang akan anda lakukan jika anda dapat berdepan dengan bekas kekasih ‘perampas’ pasangan anda? Rancang untuk memusnahkan kebahagiaan pasangan baru tersebut? Itulah misi yang bakal dilakukan Maya Karin dan Bront Palarae, 20 Februari ini melalui filem SEJOLI, dari skrip garapan pengarah Cun dan Ombak Rindu, Osman Ali bersama Ikhwan Sha. Read more →

(HIBURAN) LANGKAH KANAN MIG DI TAHUN 2014

Mig2014-1

Jika disebut nama David Teo, dia amat sinonim dengan petikan pantun dalam bentuk 2 rangkap setiap kali mengakhiri ucapan setiap majlis atau malam tayangan perdana setiap filem keluaran MIG. Seorang ahli perniagaan merangkap penerbit/ketua pegawai eksekutif Metrowealth (MIG) tidak penah lokek dengan senyuman setiap kali beramah mesra dengan tetamu, rakan media dan juga peminat-peminat tegar filem keluaran syarikat MIG dan seringkali bersikap optimis terhadap cabaran dalam dunia penerbitan filem dan drama di Malaysia. Jika penerbit-penerbit lain bersikap berhati-hati dalam penerbitan atau pembuatan filem, Mejar (K) David Teo senangtiasa yakin dengan hala tuju penerbitan syarikat beliau iaitu Metrowealth (MIG). Read more →

(HIBURAN) Filem “Kami Histeria” gabungkan ramai heroin

Malam Gala Kami Histeria-1

Gandingan ramai pelakon perempuan bakal menjadikan filem ini meletup, garapan skrip segar oleh Rafidah Abdullah dan arahan pengarah baru Shamyl Othman menjadikan gabungan 5 pelakon utama seperti Diana Danielle sebagai Laila, Sara Ali sebagai Bad, Nad Zainal sebagai Peanut, Mila Jirin sebagai Airin dan Umie Omar sebagai Jojo riuh dengan jeritan. Antara pelakon lain yang turut terlibat adalah Nur Fazura sebagai Cik Lang, Izzue Islam sebagai Pit, Afdlin Shauki sebagai Afdlin Shauki serta penampilan khas Sathia, Caca Raja Lawak, P.Jegan, Prakash Danie, Shahrizal Jaszle, Daphne Iking, Liyana Fizi, Loque,Bunkface, DJ Shac, Linda Rafar,dan Syafinaz Selamat. Read more →

(HIBURAN) Filem KAPSUL…menggabungkan jutawan dan pelakon terbaik di Malaysia

IMG_4728

Two Tones Sdn Bhd dan Martias Ali, merupakan dua nama yang jarang kedengaran di dalam industri filem tanah air walaupun hakikatnya dua nama ini telah lama berada di dalam industri kreatif dan penulisan skrip di Malaysia. Two Tones Sdn Bhd yang bergiat aktif didalam penghasilan CGI (Computer-generated imagery) untuk media pengiklanan, filem  dan animasi di Malaysia bakal bergabung tenaga dengan pengarah Martias Ali dalam penghasilan filem pertama di bawah syarikat milik saudara Amru Najmi Osman iaitu KAPSUL.  Filem KAPSUL ini bakal membariskan barisan pelakon terkenal tanah air yang mana hampir 75 peratus daripada mereka pernah memenangi atau merangkul pelbagai anugerah dalam industri perfileman tanah air. Read more →

(HIBURAN) Filem “Muka Surat Cinta”

MSCcropSMALL

Pierre Andre merupakan seorang pengarah yang menjadikan konsep ‘indie’ dan ‘art movie’ sebagai salah satu cara beliau mendapatkan kepuasan dalam  berkarya. Skrip asal “Muka Surat Cinta” adalah sebuah skrip yang digarap untuk satu filem pendek yang kemudiannya diangkat oleh MIG ke layar perak untuk dikomersialkan. Filem ini membariskan gandingan baru dari 3 negara berbeza iaitu Malaysia , Singapura dan Brunei menerusi lakonan 3 pelakon muda Mikail Andre (Putra),  Nina Iskandar (Luna) dan Atikah Suhaimie (Nurul) selaku teraju utama­nya disamping barisan pelakon lain yang turut menjayakan filem ini iaitu Hilal Azman, Azwan Kombos dan Afiera Riana. Read more →