(HIBURAN) ” AUTUMN DI HATIKU ” DRAMA BERSIRI SULUNG DI WEB TONTON

pr9th1WLGO4WBFtLIHtlQARQbi_rfaBmRMusGbAz0ng

Portal video nombor 1 di Malaysia, Tonton bakal menyiarkan sebuah drama bersiri sulung untuk tontonan secara global. Komedi romantik, AUTUMN DI HATIKU yang diinspirasi daripada fenomena K-Pop bakal ditayangkan bermula Rabu, 3hb Julai 2013 menerusi laman Tonton dengan dengan 3 episod harian bermula seawal 12 tengah hari. Merupakan antara drama bersiri di Tonton paling awal ditayangkan, AUTUMN DI HATIKU diarahkan oleh MJ Woo dan Edmund Yeo menampilkan aktres terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, pelakon utama Vanila Coklat Aiman Hakim dan ramai lagi.

 AUNTUMsmall

AUTUMN DI HATIKU berkisar tentang Nina (Hanez Suraya), yang bekerja di sebuah kedai kek dan merupakan peminat fanatik K-Pop. Nina hidup dalam dunia K-Popnya tersendiri; tampil seperti gaya aktres Korea lengkap dengan solekan serta fesyen rambut mengikut gaya bintang kegemarannya selain turut cuba mempelajari bahasa Korea.

Bersama dengan rakan karibnya Jaja (Ezzaty Abdullah), Nina begitu obses dengan drama Korea; malah sering bercerita tentang jalan cerita yang ditontonnya selain mengajuk lakonan bintang yang diminatinya ketika waktu lapang. Kemunculan seorang pelanggan, Park Au Tum, atau dikenali dengan ‘Autumn’ (Kim Jin Sung) di tempat kerjanya pada suatu hari telah mengubah segalanya. Kehadiran Autumn di Malaysia kerana urusan perniagaan telah mencuri perhatian Nina. Nina yang malu-malu mulai jatuh hati kepada Autumn yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

 

Segala tindakannya gagal mendapat perhatian Autumn, namun Nina kembali teruja apabila mengetahui rakan sekerjanya Zidick (Aiman Hakim) pernah tinggal di Korea semasa remaja dahulu dan tahu segalanya mengenai negara tersebut. Tanpa berfikir panjang, Nina mendapatkan bantuan Zidick dan cuba memenangi hati Autumn.

Nina dan Jaja juga terpaksa berhadapan dengan kerenah Kai (Anas Ridzuan), anak kepada tuan rumah sewa mereka. Kai seringkali mengusik, malah mengenakan Nina dan Jaja; antaranya berlakon sebagai penyampai radio dan mengumumkan yang kedua mereka memenangi percutian percuma ke Korea, semata-mata untuk memalukan mereka.

Nina pula terus gagal dalam cubaannya menggoda Autumn. Enggan berputus asa, usaha Nina akhirnya mula membuahkan hasil. Autumn mulai menyedari kehadiran Nina. Tanpa pengetahuan sesiapa, Zidick turut menaruh perasaan terhadap Nina. Manakala Nina yang semakin banyak menghabiskan masanya bersama Zidick, mulai sedar yang dia semakin mengenali jejaka itu walaupun telah bekerja bersama-sama semenjak tiga tahun lalu.

Adakah Nina akan temui cinta sejatinya? Siapa pilihan hatinya? Zidick, Autumn atau jejaka lain?

Saksikan AUTUMN DI HATIKU menerusi Tonton mulai 20hb Jun – 17hb Julai 2013, episod baharu setiap hari bermula 12 tengah hari di www.tonton.com.my/autumndihatiku. Daftar akaun anda secara PERCUMA menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android & iOS) untuk akses ke Tonton pada bila-bila masa, di mana jua.

Aplikasi TV Tonton juga turut terdapat di Samsung SMART TV dan ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter & Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *