Tag: Helmi Yusof

(HIBURAN) ” BIKERS KENTAL ” kembara pemotoran yang menghiburkan

IMG_1752

Astro Shaw Sdn. Bhd. (ASHW) telah menerbitkan sebuah filem terbaru berjudul Bikers Kental dengan kerjasama Califwork Studios Sdn. Bhd., arahan sulung seorang pengarah fotografi terkenal, Helmi Yusof. Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Awie, Bront Palarae, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik, Amerul Affendi, Sufian Mohamed dan dua artis Thailand, Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem. Sempena pelancaran filem Bikers Kental, sebuah majlis Tayangan Perdana telah diadakan baru-baru ini di e@Curve Damansara. Read more →

(HIBURAN) Pelancaran Filem “Bikers Kental”

IMG_1860

Bertempat diperkarangan majlis KL Bike Week 2012, telah berlangsungnya majlis pelancaran filem terbaru arahan sutradara Helmi Yusof yang merupakan usaha sama penerbit Tayangan Unggul dan Calif work Studios. Filem yang mengenai pengembaraan konvoi motorsikal berkuasa besar ke Thailand ini merupakan satu cetusan idea pengarah yang memang meminati motor berkuasa besar. Pengambaran filem ini juga berbentuk kembara kerana ia dilakukan sepanjang perjalanan ke Krabi Thailand. Saudara Helmi Yusof selaku pengarah filem ini menjelaskan kepada pihak media bahawa banyak cabaran yang mereka lalui sepanjang pengambaran kembara bermotosikal ini disebabkan beberapa faktor seperti kerosakan motorsikal, kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Antara pengalaman melucukan , Helmi menambah pihak produksi dimarahi oleh pengguna-pengguna jalan raya akibat kesesakan yang berlaku semasa berlangsungnya pengambaran tersebut. Bercakap mengenai kos sepenuhnya dan pemilihan pelakon filem ini, Gayatri Su-Lin Pillai menjelaskan kos penerbitan filem ini mencecah RM1.7  Juta dan pemilihan pelakon adalah persetujuan bersama Tayangan Unggul dan Helmi berdasarkan kriteria yang diperlukan. Read more →