Tag: Izzue Islam

(SEMASA) Yana Samsudin dan Izzue Islam dilantik sebagai duta jenama SUPER bagi kempen ‘Secret To A Smile’

DSC_9587small

Super Food Marketing Sdn Bhd (SUPER), pengeluar kopi larut terkemuka Malaysia telah melantik pelakon dan pengarah Yana Samsudin serta pelakon dan penyanyi Izzue Islam sebagai duta jenama selama tiga tahun. Read more →

(HIBURAN) TEATER “ PROJEK KAHWIN “

IMG20140526161314 (2)

Setelah kejayaan mementaskan teater komedi, Maduku Kalut, MASK Team kini berkolaborasi bersama IIAN Enterprise dengan mementaskan sebuah teater humor dokumentari yang bertajuk ‘Projek Kahwin’. ‘Projek Kahwin’ akan dipentaskan pertama kalinya di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun 2014 pada jam 8.30 malam. Pementasan teater ini melibatkan 10 persembahan di mana pada 7 dan 14 Jun 2014 diadakan persembahan matinee di sebelah petang. Read more →

(SEMASA) Natasha Hudson dan Amyra Rosli duta terbaru AURAWHITE

IMG_7665

Setelah lama mengunci mulut mengenai duta terbaru AURAWHITE, pada tarikh 1 Mei 2014 segala teka-teki mengenai barisan baru duta produk AURAWHITE terjawab sudah setelah duta produk sebelum ini iaitu Hanez Suraya tidak lagi menyambung kontrak beliau sebagai duta AURAWHITE.  Syarikat AURAWHITE GLOBAL SDN BHD kali ini memperkenalkan bukan hanya satu tetapi dua duta baru produk syarikat tersebut bagi memantapkan lagi barisan duta produk AURAWHITE disamping Izzue Islam yang merupakan duta bagi produk AURAMEN. Read more →

(SEMASA) Izzue Islam duta terbaru produk AURAMEN

IMG_3655

Aura White Global Sdn Bhd hari ini melancarkan serta memperkenalkan duta bagi produk terbaru mereka iaitu Izzue Islam. Pelakon serta salah satu anggota kumpulan harmoni FORTEEN tersebut merupakan wajah baru bagi produk AURAMEN TURBO COLLAGEN. Izzue Islam merupakan duta kedua syarikat tersebut selepas pelakon terkenal Hanez Suraya yang merupakan duta bagi produk AURA WHITE BEAUTY. AURAMEN TURBO COLLAGEN merupakan minuman kolagen pertama khas untuk lelaki yang diformulasikan menggunakan teknologi dari Korea. Ia menggabungkan bahan seperti kolagen, whey protein, tribulus, campuran beri, saw palmetto, vitamin, stem sel dan sebagainya. Selain itu juga, pihak Aura White Global Sdn Bhd  yang diterajui oleh Puan Furyna Azmeer serta suami En. Saiful Safwan turut melancarkan produk terbaru iaitu AURAWHITE SKIN SPA serta minuman kolagen AURAWHITE STEM CELL. Read more →

(HIBURAN) OH MY ENGLISH! MEMPERSEMBAHKAN TELEFILEM KHAS, ‘OH MY GANU!’

OME.0011

Berikutan kejayaan siri televisyen Oh My English! yang menjadi perbualan ramai, kini rancangan ini maju selangkah lagi apabila tampil dengan telefilem khas berjudul Oh My Ganu! yang akan disiarkan pada 27 November 2013, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak berdefinisi tinggi di Astro Maya HD (Saluran 135). Read more →