Tag: Pertama

(SEMASA) Fatin Atiqah pemenang Transformasi Bintang Fruitale edisi Pertama

IMG_0801

Fruitale FairWhite UV, satu-satunya krim mandian dan sabun dengan 100% ekstrak buah-buahan organik dan yogurt, membawa 9 orang gadis dalam satu pengembaraan transformasi menerusi pertandingan Fruitale Star Search. Duta jenama Fruitale, pelakon dan pengacara jelita Nora Danish, menjadi mentor bagi para peserta dalam mencungkil bakat dan kebolehan mereka. Beliau juga bertindak sebagai ketua hakim dalam pemilihan pemenang pertandingan — gadis yang paling ketara transformasinya dari segi keyakinan, bakat dan penampilan. Read more →

(SEMASA) Antabax Persembahkan ‘Lat-Tali-Lat’, Rancangan Mainan Mempromosikan Semula Permainan Tradisional dan Pupuk Tabiat Kebersihan

IMG_0168

‘Lat-Tali-Lat-Tali-Tam-Plom’ – masihkah anda ingat ungkapan yang biasa didengar pada zaman kanak-kanak anda? Malangnya, di zaman digital yang penuh dengan telefon pintar, tablet dan komputer riba serta permainan interaktifnya, kanak-kanak nampaknya semakin lupa akan permainan tradisional warisan budaya. Antabax, rangkaian sediaan jaga diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif serta menyediakan perlindungan 24 jam terhadap 99.9% kuman, telah mengambil inisiatif bagi memperkenalkan semula permainan tradisional Malaysia kepada kanak-kanak menerusi satu rancangan realiti. Read more →

(SEMASA) MAXIS MELANCARKAN #HOTLINK, PELAN PRABAYAR PERTAMA DI MALAYSIA YANG AKAN SENTIASA MENGHUBUNGKAN ANDA

IMG_0133

Mudah, sentiasa terhubung, tanpa risau. Ini adalah antara faedah-faedah yang ditawarkan oleh #Hotlink, pelan prabayar inovatif yang terbaru dari Maxis Berhad (Maxis). Ia adalah pelan prabayar yang pertama dan seumpamanya di Malaysia yang menawarkan pelanggan internet asas percuma yang berterusan, dan membolehkan mereka menikmati pengalaman internet yang benar-benar tanpa risau, bila-bila masa dan di mana sahaja. Pelanggan hanya perlu membeli dan mengaktifkan pelan #Hotlink yang ditawarkan bersama pra-muat kredit, dan mereka akan disambung dengan serta-merta. Bagi mereka yang mahu mengalami potensi sepenuh rangkaian data terbaik di negara, kos internet berkelajuan tinggi adalah hanya RM1 sehari atau RM30 sebulan untuk data sebanyak 1GB. Read more →

(HIBURAN) PANIK – Rancangan Realiti Waktu Malam Pertama Di Malaysia

NTV7 memperkenalkan sebuah lagi rancangan realiti berkonsep baru iaitu PANIK. Rancangan permainan TV realiti malam pertama di Malaysia ini telah dirakamkan di beberapa lokasi misteri di mana artis-artis Malaysia yang terpilih menjadi pesertanya. Rancangan sebanyak enam episod itu merupakan sebuah idea baru yang diinspirasikan daripada program Seekers, Ghost Hunters, Fear Factor, Total Black Out dan Estate of Panic. PANIK menampilkan dua kumpulan di mana kumpulan A terdiri daripada Milea Aimilia, Ika Nabila, Juffri Rayyan William dan Ezany Nizariff manakala kumpulan B dibarisi pelakon Danny (X-Factor), Marlon (V.I.P), Anis Al-Idrus dan Shakila Khoriri. Rancangan yang dihoskan oleh Redzuan Hashim itu akan ditayangkan setiap Rabu bermula 2 Januari 2013 , jam 8.30 malam di ntv7, Saluran Ceria Anda. Read more →