Kumpulan OMG telah dinobatkan sebagai juara program Liga Lawak Superstar (LLS) musim pertama. Kumpulan yang dianggotai oleh Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan ini berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM250,000 manakala naib juara iaitu kumpulan Apa Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle membawa pulang hadiah berjumlah RM75,000. Read more →
Tag: tv3
(HIBURAN) Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Skrin ASK 2013
Keputusan rasmi senarai pemenang Anugerah Skrin ASK 2013 TV3. Malam kemuncak ASK 2013 kini berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam. Sebanyak 30 kategori dipertandingkan yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal. Majlis berprestij Anugerah Skrin 2013 yang bertemakan kaca diacarakan oleh Nad Zainal digandingkan bersama Awal Ashaari dan Faizal Ismail. Siaran langsung Anugerah Skrin 2013 turut disiarkan menerusi saluran TV3 bermula pada jam 9.00 malam. Tujuan Anugerah Skrin adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pengeluar-pengeluar drama, filem dan produksi TV tempatan. Read more →
(SUKAN) Sukan SEA Ke 27 Bakal Melakar Sejarah Emas Ke-1000 Buat Kontijen Malaysia
Berita baik untuk semua peminat sukan tanahair! Sukan SEA kini kembali untuk edisi ke-27 dan bakal bersiaran di TV3, stesen televisyen nombor satu negara dan portal video Tonton! Digemuruhkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku Penaja Utama dengan kerjasama Milo, rakyat Malaysia berpeluang untuk mengikuti acara langsung dan perkembangan terkini Sukan SEA, sebuah temasya sukan dwitahunan berprestij yang menampilkan atlet-atlet terbaik dari seluruh Asia Tenggara. Read more →
(HIBURAN) Separuh Akhir Muzik-Muzik 28
Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 bakal bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Jumaat bermula 9.00 hingga 10.30 malam. Hanya 12 buah lagu yang bakal layak ke Anugerah Juara Lagu berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional akan diumumkan sejurus tamatnya separuh akhir Muzik-Muzik 28 bahagian 3. Read more →





