Tag: zizan razak

(HIBURAN) ‘ASTRO SHAW LANCAR RANGKAIAN PROMOSI POLIS EVO’

 IMG_4547

Kuala Lumpur, 5 Ogos 2015 – Kemunculan filem-filem Astro Shaw bagi tahun 2015 ternyata merancakkan lagi industri perfileman Malaysia. Terbaru, pasti para peminat filem aksi sudah tidak sabar menantikan buah tangan terbaru Astro Shaw iaitu Polis Evo! Bagi menghangatkan lagi bahang filem Polis Evo yang akan menjengah di layar perak pada 17 September 2015 nanti, Astro Shaw selaku penerbit telah merangka langkah promosi dan pemasarannya secara menyeluruh menerusi trailer rasmi filem, muzik video, sesi jelajah, aplikasi permainan, laman sesawang dan koleksi cenderahati eksklusif bagi memperluaskan promosinya kepada orang ramai. Rangkaian promosi yang secara menyeluruh ini diharap dapat membantu mengubah industri perfileman tempatan ke arah satu paradigma yang baru dan menghidupkan kembali filem tempatan setanding dengan filem luar.    Read more →

(HIBURAN) Filem “Cicakman 3”

2015-01-28 21.18.15

Dengan gabungan mantap barisan pelakon popular seperti Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz, garapan dua pengarah terkemuka tempatan Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar, serta kolaborasi studio-studio gergasi tanahair KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Shaw; maka terhasilkan filem mega yang dinantikan ramai “Cicakman 3” yang bakal menggegar pawagam tidak lama lagi. Read more →

(HIBURAN) Imaginasi Zizan Razak dalam “ABANG LONG FADIL”

POSTER ABANG LONG FADILcrop

“ABANG LONG FADIL” adalah parodi dan kesinambungan filem “KL GANGSTER”. Mengisahkan tentang kehidupan Fadil setelah sahabat baiknya Malik dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster dan mahu bebas dari geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster. Shark iaitu musuh dalam selimut kepada Malik tidak senang dengan Fadil, maka Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani . Read more →

(HIBURAN) Zizan Razak dah beralih bidang kerjaya ??

IMG_1574

Tidak, Zizan Razak masih meneruskan kerjaya beliau sebagai penyanyi dan pengacara. Kesempatan penulis bertemu beliau di majlis pembukaan Burgerbyte, Damansara Perdana merungkaikan persoalan di mana beliau kini mengembangkan lagi cabang perniagaan beliau di dalam industri makanan .Menjadikan hidangan burger bakar sebagai menu utama perniagaan beliau ini, Zizan juga menjelaskan terdapat kepelbagaian hidangan selain burger grill iaitu seperti hidangan pasta, masakan barat lain dan juga nasi arab. Zizan Razak menambah, bahawa francais Burgerbyte turut beroperasi di beberapa kawasan lain seperti Dato Senu Sentul, Senawang dan terbaru akan dibuka di Sri Iskandar, Perak, Melaka, Semenyih dan Bangi. Meskipun sibuk dengan rutin harian sebagai seorang selebriti, Zizan Razak masih lagi sempat meluangkan masa untuk melawat restoran barunya itu dan jika bernasib baik, berkemungkinan besar peminat akan merasa sendiri air tangan pelawak tersebut. Pada malam pembukaan tersebut pertandingan makan burger turut dianjurkan untuk para pelanggan dan peminat yang hadir dimana pemenang pertandingan tersebut membawa pulang hadiah berbentuk telefon pintar Samsung. Read more →

(HIBURAN) Teater “Bahayanya Wanita”

IMG_1197crop

Teater Bahayanya Wanita bakal dipentaskan pada 20 hingga 31 Disember depan di Panggung Sari, Istana Budaya. Teater tersebut akan mendedahkan kehidupan berpoligami dan tidak bertujuan untuk merendahkan konsep keluarga tersebut. Menurut Umie Aida , masyarakat perlu memandang ia dari sudut positif yang sememangnya berlaku dalam kehidupan realiti. Teater bergenre komedi dipilih berikutan tren penonton yang lebih gemar kepada bahan jenaka dan santai berbanding drama berat. Teater yang diterbitkan oleh Frensis Sdn Bhd ini turut dibarisi Erra Fazira, Zizan Razak, Nora Danish dan Johan Ashari. Read more →