(SEMASA) Band Z1 smartband pertama Honor

Spread the love

hua 1

Sekitar awal tahun 2016, Honor telah melancarkan peranti smartband ini di Malaysia di mana jam pintar yang nipis dan bergaya ini  telah ditawarkan pada yang harga pengenalan yang rendah oleh pihak Honor.

hua 3Jam pintar honor band Z1 menggunakan struktur besi tahan karat berbentuk bulat. Jam ini jauh lebih nipis dari kebanyakan jam pintar lain. Diinspirasikan oleh reka bentuk minimalis Scandinavian, Band Z1 yang berbentuk bulat dan menggunakan paparan sentuh POLED. Skrin sentuh dengan resolusi 128 x 128 piksel membolehkan anda melihat notifikasi, jam dan alarm dengan mudah. Dengan paparan yang besar, smartband ini membolehkan anda membaca mesej dan e-mel. Lebih menarik, ia menyokong beberapa bahasa seperti Inggeris, Jerman, Itali, Perancis, Portugis,  Sepanyol dan Jepun. Smartband ini dihasil menggunakan besi sebagai material utama. Bersifat kalis calar, ia digabungkan dengan tali yang elegan untuk dipakai pada bila-bila  masa sahaja. Tali kalis kotorannya hadir dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan krim.hua 5

Juga dikenali sebagai Zero Band di China, Band Z1 menggabungkan fungsi pintar dan reka bentuk yang elegan dengan bentuk padat.  Fungsi pintar honor band Z1 tidak sebanyak jam pintar lain, yang menjalankan Android Wear atau WatchOS. Antara fungsi yang ada ialah notifikasi panggilan dan teks, pemantau aktiviti seperti langkah dan kalori, serta pemantau waktu tidur.hua 2

Smartband ini juga menerima penarafan IP68. Maksudnya ia kalis debu dan air sehingga kedalaman 1.5 meter jadi tidak perlu risaukan hujan dan peluh

Dengan sekali caj, baterinya boleh bertahan selama tiga hari untuk penggunaan yang berterusan. dan mengambil masa 1.5 jam untuk mengecas penuh. Ia menggunakan pengecas magnetik yang melekat di belakang jam,

sama seperti yang terdapat pada Apple Watch. honor band Z1 boleh dihubungkan dengan peranti Android dan iOS, melalui sambungan tanpa wayar Bluetooth. honor Band Z1 menyokong Android 4.4.4 dan ke atas untuk selain telefon pintar Huawei. Untuk telefon pintar Huawei atau Apple, ia menyokong Android 5.0 dan iOS 7.0 ke atas.IMG20160225110522-tile


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *