PETALING JAYA, 31 OKTOBER 2017 – Ahad lalu, 10 buah lagu telah melakukan persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) minggu pertama dengan lagu Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan telah dipilih sebagai lagu terbaik. Namun, lagu nyanyian asal Faizal Tahir yang telah disampaikan oleh Azmi Caliph Busker itu tidak semestinya akan terus layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32). Persembahan minggu pertama telah diadili oleh juri professional AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani selaku ketua juri. Read more →
Archive for: October 2017
(SUKAN) Acara Tahunan RBC Race for the Kids 2017 Kuala Lumpur Berjaya Mengumpul Sebanyak RM200,000
KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2017 – RBC Race for the Kids kembali semula ke Kuala Lumpur hari ini dan menarik minat 2,000 peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian santai 5km bersama keluarga di Taman Botani Perdana sebagai tanda sokongan kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia. Read more →
(SUKAN) NIVEA PROTECT & CARE GALAKKAN RAKYAT MALAYSIA UTAMAKAN PENJAGAAN DIRI DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN
Putrajaya, 29 Oktober 2017 – Hampir 2,500 rakyat Malaysia berkumpul di Putrajaya untuk menyertai NIVEA Care Run yang dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care, deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit bawah lengan. Bertemakan ‘Protects What You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukannya. Read more →
(HIBURAN) Rocketfuel Entertainment Bakal Cetuskan Pemasaran Influencer di Dunia Digital
KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2017 – Rocketfuel Entertainment bakal menguasai pemasaran influencer dengan barisan bakat terkemuka menerusi pendekatan holistik dalam pengurusan bakat dan penghasilan kandungan digital yang memberi fokus khusus terhadap bakat personiliti tersebut. Read more →
(HIBURAN) Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 – Debaran Bermula
PETALING JAYA, 26 OKTOBER 2017 – Tanda tanya mengenai 30 buah lagu yang bakal bersaing di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) telah terjawab. Persaingan 30 buah lagu bagi merebut 12 tempat di pentas Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) bakal bermula pada 29 Oktober, 5 dan 12 November ini. SFMM32 yang dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad ini akan bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 10.00 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Para peminat juga boleh menyaksikan SFMM32 secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my). Read more →