Archive for: May 2020

(HIBURAN) ‘Senyuman Raya’  – Nukilan terbaru Sempena Aidilfitri 2020  

Seperti biasa, setiap tahun menjelang sambutan Aidilfitri , lagu-lagu klasik bertemakan Hari Raya Puasa bakal berkumandang di corong-corong radio. Dan tahun ini biarpun lagu-lagu tersebut meriah ke udara, sambutannya bakal berbeza dengan apa yang sering terjadi gara-gara pandemik Covid-19. Atas alasan itu, Rocketfuel tampil dengan sebuah lagu berjudul ‘Senyuman Raya’ untuk mengingatkan semua orang untuk terus tersenyum biarpun Aidilfitri di Malaysia bakal disambut dalam keadaan yang berlainan gara-gara Perintah Kawalan Berkurung Bersyarat (PKPB) demi menangani wabak ini. Read more →

(HIBURAN) LIL J DARI BANDAR KE KAMPUNG BERSAMA BUNGA DAN KIDD SANTHE DALAM KAMPUNG AKU LIT

Lil J merupakan bintang rap yang mula meningkat naik. Lil J merupakan salah seorang penyanyi rap yang dicungkil bakatnya oleh Joe Flizzow menerusi program 16 Baris yang sedang hangat diperkatakan. Kebolehan Lil J dalam menulis lirik, menyanyi rap dan mencipta lagu berjaya membuka mata Rocketfuel Entertainment untuk mengambil beliau sebagai artist rakaman. Sebelum ini Lil J  memperkenalkan dirinya kepada pencinta muzik tempatan dengan lagu yang berjudul Bestfriend kini Lil J lahir dengan single kedua nya berjudul ‘ Kampung Aku LIT ‘ . Gabungan bersama seorang lagi gadis yang juga ditemui melalui program 16 Baris akan lebih memberi seri dalam lagu ini.  Bunga yang dikenali sebagai gadis melayu yang bertudung dan berbaju kurung namun memilih kerjaya sebagai serong rapper menjadikan lagu ini lebih unik. Kidd Santhe pula lebih dikenali apabila semenjak beliau tampil dalam duet bersama Meerfly dan MK dalam lagu Ha Tepok. Beliau juga pernah menerbitkan album bersama Gard dalam album “API”. Read more →

(HIBURAN) KOLABORASI MEDIA PRIMA DAN CELCOM BANGKIT SEMANGAT SAMBUTAN RAMADAN & SYAWAL 

Petaling Jaya, 13 Mei 2020 – Situasi Perintah Kawalan Pergerakan sejak tercetusnya pandemik Covid-19 telah mengubah cara norma kehidupan kita. Begitu juga dengan pengisian program yang perlu diubahsuaikan mengikut kesesuaian keadaan di samping dapat memenuhi cita rasa penonton dan rakan-rakan penaja dalam sambutan bulan Ramadan serta Syawal ini. Read more →

(HIBURAN) KITA – Ernie Zakri, Ara Johari , Usop & Putera Muhammad

‘KITA’ merupakan sebuah lagu berunsurkan kerohanian hasil ciptaan Ziin. Idea asal bagi projek ini adalah terdetik daripada ketua label Music Rocketfuel sendiri iaitu En Feros Sayna . “Kita”  juga merupakan buah tangan terbaru daripada Rocketfuel Entertainment kepada seluruh rakyat Malaysia bagi berkongsi rasa akan peristiwa yang sedang melanda negara kita bahkan satu dunia dan memberi kesan kepada semua golongan masyarakat. Kita juga terpaksa menjalani ibadah berpuasa kali ini dengan kelaziman yang baharu. Namun semua itu bukan penghalang untuk kita mencari cebisan nikmat dalam kepayahan dan melahirkan kesyukuran.  “Kita” juga merupakan sebuah tanda penyatuan semua umat dan agama di seluruh dunia dalam menghadapi pandemik yang sedang berlaku lebih-lebih lagi pandemik ini melanda pada bulan yang sungguh mulia. Read more →

(SEMASA) INISIATIF AMAL & PROGRAM KHAS KEMPEN SETULUS IKHLAS MENYUMBANG TENAGA DALAM KEADAAN GETIR

Petaling Jaya, 5 Mei 2020 – Suasana bulan Ramadan pada tahun ini pastinya berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Namun, ia tidak menghalang kita untuk menyambut bulan Ramadan secara sederhana dan penuh bermakna. Seiring dengan kempen Setulus Ikhlas yang telah dilancarkan pada 19 April 2020, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) telah memulakan beberapa inisiatif amal dan program istimewa bersama dengan rakan-rakan penaja dan organisasi untuk membantu mereka yang terkesan dengan pandemik wabak Covid-19. Read more →