Tag: DALAM

(HIBURAN) Butterfingers Mahu Mencipta Magis Sekali Lagi Di Stadium Malawati Untuk Meraikan 2 Dekad Album Malayneum, Dalam Konsert Malayneum 23

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan Konsert Transcendence 20 Tahun di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 November tahun 2019 sejurus sebelum pandemik Covid-19, tahun ini Butterfingers ingin membawa pengikut-pengikut kultus menyusuri kembali, imbauan rasa nostalgia kegemilangan kemuncak muzik mereka dalam era album ke-4 Malayneum menerusi Konsert Malayneum 23 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 7 Oktober tahun ini. Read more →

(SEMASA) DPMM DAN RICHWORKS BERGABUNG DALAM PEMERKASAAN USAHAWAN BUMIPUTERA DALAM POLIKRISIS

 

KUALA LUMPUR 15 Ogos 2023 – Polikrisis yang berlaku ketika ini telah & sedang menekan ramai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga menyebabkan jualan merudum malah hingga ada yang tutup perniagaan. Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, polikrisis yang dibangkitkan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman adalah tepat pada masanya untuk usahawan sedar bahawa cabaran dihadapi mereka lebih besar kerana banyak faktor termasuk disrupsi teknologi, pengliberalisasian perdagangan dan juga peningkatan koskos input perusahaan termasuk kos buruh serta pekerja. Read more →

(HIBURAN) TERJEMAHAN SUARA HATI, PERJALANAN EMOSI ROSSA DALAM ANOTHER JOURNEY: THE BEGINNING

MELEWATI lebih 25 tahun perjalanan kariernya sebagai insan seni tidak pernah sesekali melelahkan penghibur kebanggaan Indonesia dan Malaysia, Datuk Seri Rossa. Read more →

(HIBURAN) KOLABORASI MANTAP MIA LATEEFA & ISMAIL IZZANI DALAM ‘KAU TAHU’

Puteri pop baharu penuh sensasi negara yang popular dengan single berkembarnya, ‘Anima’ serta ‘Anima Bella’, Mia Lateefa sekali lagi menghangatkan persada muzik Malaysia dengan kemunculan single terbaharunya yang mengasyikkan berjudul ‘Kau Tahu’, turut menampilkan penyanyi remaja terkenal tanah air, Ismail Izzani, hasil ciptaan mereka berdua dengan komposer ternama seperti Mingaling, Ezra Kairo dan Amir Hasan, manakala terbitan oleh Deep Faith Entertainment. Read more →

(HIBURAN) Aura Lakonan Beto Kusyairy Dalam ‘Anak Rimau The Movie’

Lakonan aktor handalan, Beto Kusyairy tidak perlu dipertikaikan, malah, namanya sekali lagi menjadi sebutan apabila menunjukkan kehebatan dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, baru-baru ini. Read more →