Archive for: January 2023

(HIBURAN) FILEM COAST GUARD ANGKAT PERJUANGAN MARITIM MENERUSI  ‘OPS HELANG’

KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2023TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, DATUK SERI DR SHAMSUL BIN NASARAH, hadir bagi meraikan majlis Malam Gala Tayangan Perdana FILEM AKSI COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG”  yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada Pasukan Maritim Malaysia dalam perjuangan mempertahankan sempadan lautan tanah air. Filem yang mendapat kerjasama daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM)  ini telah berjaya dihasilkan dengan mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara.  Read more →

(HIBURAN)  KARYA TERBARU DAIN SAID ‘HARUM MALAM’  MENEMUI KHALAYAK 9 FEBRUARI INI

Pengarah filem tersohor Dain Said, kini kembali dengan sebuah karya baru yang amat dinantikan-nantikan. Filem Harum Malam yang bergenre seram, bakal ditayangkan di 90 buah pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari 2023. Read more →

(SEMASA) AYDA JEBAT Dilantik sebagai Duta Kempen “Salam Taiwan”

Bagi merebut pasaran pelancongan  Muslim bagi tahun 2023, Biro Pelancongan Taiwan telah berbesar hati untuk melantik selebriti muslim Malaysia – Ayda Jebat sebagai Duta Salam Taiwan. Sebuah video promosi “Salam Taiwan 2023” akan dilancarkan terlebih dahulu, dengan harapan untuk menarik lebih ramai pelancong  Muslim untuk memilih Taiwan sebagai destinasi pelancongan mereka, berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh Ayda sendiri. Read more →

(HIBURAN) Maksim pentaskan persembahan piano solo sempena  jelajah The COLLECTION di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 11 Januari 2023 – Pemain piano terkenal, Maksim Mrvica bakal mengadakan persembahan solo di ibu kota buat satu malam sahaja sempena jelajah The COLLECTION di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 14 Februari, jam 8:00 malam di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Read more →

(HIBURAN) Mari Bernostalgia Dengan ‘Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir’ pada 24 Februari 2023

Untaian lagu selalu memberi momen tersendiri kepada setiap penggemar. Begitu juga ‘tugas’ yang harus dipastikan oleh barisan pemuzik di dunia. Maka tidak hairan apabila salah satu kugiran Indonesia, Kerispatih yang ditubuhkan pada 2003 silam masih belum mampu menghilangkan jejak dan momen tersendiri dalam kalangan peminat mereka. Read more →