Archive for: August 2013

(SEMASA) PROMOSI ULANGTAHUN RED BOX & GREEN BOX KARAOKE

IMG_9298

Red Box kini mengadakan kempen ulangtahunnya yang diberi tema ‘Bersama Kita Raikan’. Promosi berlangsung sepanjang 19 Ogos hingga 31 Oktober 2013, pada setiap hari Khamis, Jumaat & Sabtu, bermula 11 pagi hingga lewat malam di mana-mana cawangan karaoke Red Box dan Green Box. Salah satu acara kemuncak bagi kempen ini adalah penyediaan ‘Bufet Antarabangsa’ di mana Red Box telah bekerjasama dengan pengeluar bahan dan sos Lee Kum Kee dan Unilever Food Solutions untuk mempersembahkan masakan dari negara-negara di seluruh dunia, seperti Itali, Korea, Jepun, Indonesia, Mexico, Brazil dan banyak lagi. Lee Kum Kee Group adalah syarikat multinasional terkemuka di dunia dalam industri perasa sos. Mereka telah menghasilkan lebih daripada 220 jenis produk dengan rangkaian pengedaran di lebih daripada 100 negara dan wilayah di serata dunia. Lee Kum Kee telah menjadi satu nama isi rumah sebagai perusahaan kaum Cina serta jenama antarabangsa yang mencerminkan kualiti dan kepercayaan. Read more →

(SEMASA) NTV7 semarak kempen Saya Sayang Malaysia menerusi program istimewa

TBS-2013-Official-Logo HiRESgmo

Kempen Saya Sayang Malaysia yang dilancarkan Media Prima Berhad Julai lalu bakal disemarakkan lagi oleh Saluran Ceria Anda, ntv7 menerusi rancangan-rancangan produksi tempatan sebagai usaha bersepadu bagi kempen tersebut. Beberapa program dokumentari tempatan dan rancangan temubual terkenalnya – The Breakfast Show – bakal membawakan isu nasional seiring sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 serta ulang tahun ke-50 pembentukan Malaysia. Kempen itu juga menggalakkan orang ramai menggunakan hash tag khas, #MYSyg (dibaca sebagai hashtag My Sayang) untuk kempen ini. Read more →

(SEMASA) 10 FINALIS BAKAL BERSAING UNTUK MEREBUT GELARAN RATU RANIA

KYS_3701

Seiring dengan perkembangan industri seni tanahair yang semakin rancak membangun, pihak Astro Prima dengan kerjasama pihak penaja Safi Rania dengan berbesar hati membawakan sebuah program realiti terbaru untuk mencari ikon wanita moden masa kini khas untuk para penonton iaitu Ratu Rania yang bakal bersiaran pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam untuk dua episod yang pertama dan jam 9.30 malam untuk episod yang seterusnya bermula 4 September 2013 secara eksklusif di saluran 105.  Read more →

(HIBURAN) ‘LUAR BIASA’ dari Lynnzay

Cover Art 'LUAR BIASA'(1)

Dubstep? Kita hanya mendengar kehebatan penyanyi antarabangsa atau lagu berbahasa Inggeris bergenrekan dubstep. Peminat dubstep di Malaysia juga agak ramai dan kebiasaannya kita mendengar lagu-lagu daripada DJ terkenal,Skrillex.

Namun dengan beraninya, Lynnzay penyanyi baru yang secara berterusan menerbitkan lagu-lagu ciptaannya sejak kontroversi lagu Jejaka Idaman 2.0 telah muncul dengan lagu dubstep terbaru bersama kolaborasi dua DJ muda dari Ipoh yang bernama ‘Abducted Mind’ baru-baru ini. Read more →

(HIBURAN) Soroti perjalanan dan cabaran 13 selebriti popular tanah air dalam dunia perniagaan

astro artis meniagasmall

Istimewa bulan Ogos ini, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi program realiti terbaru berjudul Selebriti Bizz yang bakal mengajak para penonton untuk menyusuri kehidupan seharian selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terlibat dalam bidang perniagaan. Program ini boleh ditonton menerusi saluran 104 pada setiap hari Selasa, jam 9.30 malam bermula pada 27 Ogos 2013. Read more →