Kuala Lumpur, 5 Mei 2025 – Industri hiburan Malaysia mencatat satu lagi pencapaian penting dengan pelancaran rasmi RPM Group of Companies, yang menaungi tiga entiti dinamik dalam dunia seni dan hiburan:
- Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd. – peneraju dalam produksi kandungan kreatif dan penerbitan drama, filem dan program-program hiburan berimpak tinggi.
- RPM Events Sdn. Bhd. – syarikat pengurusan acara yang memfokuskan kepada konsert, festival muzik, acara korporat dan program berskala besar.
- RPM Labels Sdn. Bhd. – label rakaman yang memberi tumpuan kepada pembangunan artis, pengeluaran muzik berkualiti tempatan serta untuk mencungkil bakat bakat baru untuk diketengahkan.