Archive for: March 2013

(SEMASA) ” Veedo.my ” peluang kepada minda-minda kreatif

 1 The Veedo Wonder Team with Marini (center)GMO

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2013 — Veedo.my telah mengadakan sebuah sesi Meet & Mix

untuk minda-minda kreatif tanahair beramah mesra, bertempat di Paradiso Lounge, Publika.

Veedo.my, sebagai salah satu tenaga kerjasama festival seni visual grafik VGA Fest, telah

mengadakan sesi ini sebahagian daripada program hari terakhir festival tersebut. Read more →

(HIBURAN) Jelajah Promosi Filem ” Saving General Yang ”

IMG_9188

Kuala Lumpur, 31 Mac 2013 – Bertempat di GSC Pavilion dan Ritz Carlton Hotel, telah berlangsungnya jelajah promosi filem ” Saving General Yang ” yang membariskan pelakon-pelakon terkenal Hong Kong , China dan Taiwan seperti Adam Cheng, Ekin Cheng, Vic Chou, Raymond Lam Jerry Lee, Wu Chun, Xu Fan, Yu Bo. Filem yang diarahkan oleh Ronnie Yu   ini mengisahkan tentang kepayahan 7 orang adik beradik keluarga Jeneral Yang semasa pemerintahan Dinasti Song menempuhan halangan untuk membawa pulang ayahnya iaitu Jeneral Yang yang terperangkap semasa peperangan kedua menentang kaum nomad utara China yang dikenali sebagai ” Khitans”. Jelajah promosi ini merupakan destinasi ke 5 selepas jelajah Asia yang meliputi Taiwan, Beijing, Hong Kong dan Singapura. Kedatangan Ekin Cheng, Yu Bo, Vic Chou,  Wu Chun serta pengarah Ronnie Yu   dan penerbit Raymond Wong mengembirakan peminat-peminat filem ini yang bakal ditayangkan serentak pada 4 April 2013.  Read more →

(SEMASA) Majlis Perasmian Hiburan Seni Budaya & Pelancaran Program Hiburan Jalanan 2013

IMG_9168Kuala Lumpur , 30 Mac 2013 – Bertempat di Lanai Seni, Jalan Tuanku Abdul Rahman, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Hiburan Seni Budaya @ Lanai Seni & Pelancaran Program Hiburan Seniman Jalanan Kuala Lumpur. Majlis ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti kebudayaan dan kesenian warisan tradisional yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Read more →

(HIBURAN) KOLABORASI WINGS, HILLARY ANG & IAN ANTONO DALAM WINGS ROCKESTRA

_LAN7600SEPERTI yang sudah diuar-uarkan pada sidang media pertama Wings yang dilaksanakan pada 21 Februari yang lalu, sidang media kali ini diadakan bertujuan memperkenalkan dua figura yang bakal berkolaborasi dengan Wings dalam konsert Wings Rockestra kelak. Dua nama yang bukan calang-calang dalam industri muzik ini dijemput khas oleh Wings bagi menjadikan konsert kelak sebagai sebuah sejarah yang punya momen tersendiri. Dua nama yang cukup kental dengan portfolio dan perjalanan muzik mereka sebagai gitaris terkenal yang cukup profesional.

Read more →

(SEMASA) Angsana Johor Bahru Lokasi Kedua Karnival Jom Heboh 2013

Bananana! Land (4)

Sejak diperkenalkan 11 tahun yang lalu, Karnival Jom Heboh jelas sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia terutamanya penonton-penonton setia TV3. Bermula dengan acara padang pada tahun 2003 yang menjadi platform kepada pihak stesen untuk mendekati jutaan penonton setianya tanpa mengira bangsa dan lapisan umur, Jom Heboh kini menjadi satu fenomena pada setiap kali penganjurannya di lokasi-lokasi terpilih. Read more →