Tag: 2013

(HIBURAN) SEPAHTU juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013

sepahtu-mlm-finaleGMO

Seperti yang dijangka ramai, kumpulan  SEPAHTU  telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013. SEPAHTU yang diwakili oleh Shuib, Jep dan Rahim menewaskan empat peserta lain SHIRO, BOCEY, JAMBU dan peserta solo NABIL di pentas akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Membawakan persembahan lawak yang bertemakan muzikal dan bebas itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi. Read more →

(HIBURAN) Senarai Penuh 5 Finalis ABPBH 2013

ABP 2013 logo

Majlis pengumuman senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) telah berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. “Magis Alam”  dijadikan tema pada tahun ini dan majlis anugerah ini bakal diadakan kembali di Arena of Stars, Genting Highland pada 6 April depan. Read more →

(HIBURAN) KEPUTUSAN PENUH PEMENANG ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2013 (AIM 20)

 aim-2013SMALLlagi

Berakhir sudah malam gilang-gemilang  Anugerah Industri Muzik 2013 (AIM ke 20). Bermula dengan acara karpet glamor, AIM 20 kali ini diserikan dengan gandingan pengacara Dato’ Aznil dan Nabil Ahmad yang merupakan pelawak tersohor Malaysia. Anugerah Industri Muzik 2013 telah diadakan di Stadium Bukit Jalil bermula 8.30 malam dengan acara Karpet Glamor AIM dan kemudian pada pukul 9 malam pula diteruskan dengan acara penyampaian anugerah. Malam kegemilangan  AIM 2013 membuka tirainya dengan persembahan hebat artis terkenal Malaysia antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Ning Baizura, Shila Amzah, Spider, Najwa Latif dan Aizat. Malah, penyanyi popular dari seberang iaitu Dato’ Rossa dan Afghan akan turut sama menyerikan pentas AIM 20. Read more →

(HIBURAN) KRISHEN JIT-ASTRO Anugerahkan Geran Kepada Penggiat Seni Tempatan Untuk Tahun 2013

2

Astro terus komited dalam menyokong karya-karya kreatif pelbagai bidang seni yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia melalui Dana Krishen Jit – Astro semenjak mula diperkenalkan pada tahun 2006. Dana Krishen Jit – Astro telah diperkenalkan oleh Astro dengan kerjasama daripada Five Arts Centre untuk memperingati mendiang Krishen Jit dan ia bertujuan untuk menganugerahkan sumbangan bantuan kewangan kepada para penggiat seni terpilih  dalam membantu untuk meneruskan kerja kreatif nukilan mereka. Krishen seorang yang sangat komited di dalam penghasilan karya dan menjadi salah satu objektif beliau untuk meraikan rangkaian nukilan kreatif asli anak tempatan dalam apa jua aspek kesenian dengan variasi cara dan alternatif..  Read more →

(SUKAN) ASTRO ARENA BAWAKAN SIARAN LANGSUNG DAN LIPUTAN MENYELURUH SUKAN SEA 2013 MYANMAR

astro sukan seasmall

Bertepatan dengan misi sebagai Nadi Sukan Malaysia, Astro Arena (Saluran 801) akan membawakan siaran langsung dan liputan menyeluruh untuk Sukan SEA 2013 yang akan berlangsung di Myanmar bermula dari 8 hingga 22 Disember 2013. Read more →