Archive for: December 2022

(SEMASA) DOKUMENTARI KHAS MAJALAH 3 :  TRAGEDI DI BATANG KALI

Petaling Jaya, 22 Disember 2022 – Majalah 3, siri dokumentari popular Malaysia bakal memaparkan dokumentari khas tragedi cerun runtuh di Batang Kali yang melibatkan 92 mangsa. Penerbit Kanan Majalah 3 dan juga merangkap wartawan lokasi, Christine Lee dan jurukamera, Mohd Zahril Abdullah telah turun padang untuk mendapatkan berita terkini berkaitan kejadian Father’s Organic Farm, Batang Kali. Read more →

(SEMASA) JUARA DAPUR TEMPUR MILIK PASANGAN MASAM MANIS

Petaling Jaya, 23 Disember 2022“Gunakan masa untuk melihat, hidung untuk bau dan lidah untuk merasa. Jangan terlalu mengejar masa sampai anda tertinggal apa itu rasa.” Itulah mutiara kata daripada Sheila Rusly untuk membakar semangat para peserta sebelum bermulanya pertandingan akhir Dapur Tempur semalam. Read more →

(SEMASA) ‘Di Sebalik Senyuman, Terukir Kekuatan’: Colgate dan Airliftz Berkolaborasi demi Memperkasakan Senyuman Rakyat Malaysia untuk Menempuh Masa Hadapan dengan Optimis

Petaling Jaya, 16 Disember 2022: Colgate mengumumkan kempen Smile Strong terbaharunya yang menampilkan bintang hip hop dan komposer Airliftz sebagai sebahagian daripada misi berterusannya untuk mencetuskan sikap optimis dalam diri setiap individu. Smile Strong merupakan seruan Colgate kepada rakyat Malaysia bagi menzahirkan keberanian untuk senyum ketika berdepan dengan cabaran. Seruan itu juga mengingatkan semua agar tidak sekali-kali membiarkan apa-apa mahupun sesiapa sahaja menafikan impian demi mencapai masa hadapan yang dapat dibanggakan. Read more →

(HIBURAN) BALAN KASH BAKAL MELANCARKAN SINGLE MELAYU PERTAMA, ‘TERIMA KASIH’ BERSAMA PENYANYI ROCK TERKENAL, HAZAMA

Balan Kash adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia sebagai seorang pemuzik rap berbakat yang serba boleh. Malah, beliau juga dikenali sebagai artis yang mampu menguasai tiga bahasa. Sehingga hari ini, beliau pernah bekerjasama dengan beberapa nama hebat lain seperti Joe Flizzow, Reshmonu, Anirudh Ravichander, Santesh dan ramai lagi. Bukan itu sahaja, beliau juga mempunyai rekod penstriman sebanyak 20 juta sepanjang kariernya dalam bidang muzik. Read more →

(HIBURAN) TRAVIE McCOY NEW YEAR COUNTDOWN FEAT ALEXIS KINGS 2023

KUALA LUMPUR- Jika sebelum ini beliau terlihat bersama grupnya, Gym Class Heroes, namun kali ini Travie McCoy muncul dengan tour dan konsert sendiri. Read more →