Archive for: January 2013

(HIBURAN) Future Music Festival Asia 2013

IMG_4978

Future Music Festival Asia (FMFA) kembali lagi, kali ini dengan barisan artis yang lebih hebat dan ternama. Future Music Festival Asia akan diadakan selama 2 hari berturut-turut iaitu 15 dan 16 Mac 2013 bertempat di Litar F1 Sepang . Majlis sidang media yang berlangsung tadi merupakan majlis untuk memperkenalkan para penaja untuk konsert ini serta sessi pengenalan barisan akhir para-para artis yang bakal membuat persembahan untuk konsert ini. Ia melibatkan hampir 84 artis solo dan berkumpulan tidak kira genre muzik dan melibatkan artis luar dan artis antarabangsa.

Read more →

(HIBURAN) Majlis Pra Tonton Filem ” WAWA SEMPUT”

IMG_4927

Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia. Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa ? Read more →

(HIBURAN) Sidang Media Konsert The Ghazal Maestro “Pankaj Udhas Live In Concert”

IMG_4866

HITMAN SOLUTIONS & GHC SOLUTIONS telah mengumumkan konsert pertama mereka untuk tahun 2013. The Ghazal Maestro “Pankaj Udhas Live In Concert” akan berlangsung pada 10 Februari 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selepas hampir satu dekad, maestro ini kembali dengan alunan muzik mendayu khususnya untuk peminat di Malaysia. Pankaj Udhas adalah penyanyi dari India yang seangkatan dengan pemuzik terkenal lain seperti Jagjit Singh dan Talat Aziz, dengan membawa gaya irama Ghazal yang lebih segar dan popular. Pankaj Udhas mendapat kemasyhuran menerusi yanyian  dalam filem pada tahun 1986 iaitu  ” Naam “, di mana lagu “Chitthi Aayee Hai” menjadi hit secara mendadak. Selepas itu, beliau banyak terlibat sebagai penyanyi yang menyumbangkan suara dalam filem-filem terkenal lain dan telah merakamkan album sejak itu.  Pada tahun 2006, Pankaj Udhas telah dianugerahkan “Padma Shri” , anugerah untuk orang awam keempat tertinggi di India.  Read more →

(HIBURAN) Tayangan Perdana Filem HUSIN MON DAN JIN PAKAI TONCIT

IMG_4861

SINOPSIS / MENGENAI FILEM

Beberapa tahun yang lalu selepas kejadian “Hantu Kak Limah” Husin yang telah bankrap akibat di tipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang dilanda Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM. Namun bebarapa hari selepas itu Kampung Pisang telah di dilanda sesuatu perkara yang aneh.  Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki –lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan mee maggi dari Singapura… apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah yang menculik Husin. Nantikan kemunculan Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Jin Pakai Toncit di pawagam, 7 Febuari 2013. Read more →

(HIBURAN) Pindaan Tarikh Konsert Gegar 5 Lagenda ( 15 – 17 Mac 2013 )

IMG_4337smallGMO

Istana Budaya dengan sukacitanya bakal mempersembahkan Konsert Gegar 5 Lagenda di Panggung Sari, Istana Budaya. Konsert ini akan menampilkan 5 lagenda rock tanahair era 90an dan tampil secara solo iaitu Saleem, Rahmat Mega, Ali Terra Rossa, Zamani Slam dan Aris Ariwatan. Read more →