Tag: Istana Budaya

(HIBURAN) Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity – Sasar RM1 Juta Kutipan Buat Palestin

Sebuah konsert berskala besar khas buat saudara seislam di Palestin akan diadakan di pentas berprestij Panggung Sari, Istana Budaya pada 5 Januari 2024. Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity – LIVE di ISTANA BUDAYA merupakan satu konsert berkonsepkan crowdfunding yang dianjurkan oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia yang dipelopori oleh Tuan Nadir Al-Nuri dalam perjuangannya membina semula kawasan di Genting Gaza bersama Niyat Group yang berpengalaman besar dalam penganjuran konsert-konsert Islami sebelum ini seperti di Malaysia, Morocco, Mesir dan United Kingdom. Read more →

(HIBURAN) Konsert Klasik Menampilkan Pemain Solo Itali, Domenico Nordio

Konsert Klasik Menampilkan Pemain Solo Itali, Domenico Nordio adalah program sulung Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersempena dengan sambutan ulang tahun OSK yang ke-30. Semenjak OSK dilancarkan pada 1993, kumpulan orkestra ini berjaya mengadakan pelbagai jenis persembahan bersama bintangbintang ternama tempatan seperti kumpulan Wings, Anuar Zain, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Yuna dan ramai lagi. OSK juga pernah mengadakan persembahan di luar negara seperti di Esplanade, Singapura (2003) dan Tokyo dan Osaka, Jepun bersempena dengan Asia Orchestra Week 2004. Read more →

(HIBURAN) Majlis Pelancaran Program 2023, Istana Budaya

21 Februari 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Istana Budaya hari ini telah melancarkan Program 2023 yang dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Yusri Bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), MOTAC sebagai wakil kepada YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Read more →

(HIBURAN) “Mahaguru Spontan” bakal dipentaskan di Istana Budaya

img_2092

Comedy Planet dan Vision Works membawakan kepada anda Gabungan pemain-pemain spontan terhebat di Malaysia. ‘MAHAGURU SPONTAN’ live di Istana Budaya. Persembahan Spontan 100% interaktif pertama di Istana Budaya. Anda yg menentukan apa yg kami buat di pentas!!!
Dibintangi oleh mahaguru Johan, Zizan, Dato’ AC Mizal, Abam, Achey, Fad, Douglas Lim, Rashid Salleh, Kuah Jenhan dan di Hoskan oleh Afdlin Shauki.
Mempersembahkan mahaguru  jemputan dari gunung tahan Dato’ Siti Nurhaliza!!!
Jangan lupa! Saksikan persembahan live yang paling barai dan paling hebat tahun ini!
Masa   : 3 petang dan 8 Malam
Tarikh : Sabtu 22 oktober dan
                Ahad 23 oktober
4 persembahan eksklusif sahaja!!
PERHATIAN:
Dato’ siti tidak akan ada utk persembahan hari sabtu 22 oktober pukul 3 petang.
Abam tidak akan ada utk persembahan 23 oktober pukul 3 petang dan 8 malam.
Douglas Lim tidak akan ada utk persembahan sabtu 22 oktober pukul 8 malam.
Tiket melalui whatsapp:
Mari kita Berspontan di istana budaya!!

(HIBURAN) LAWAK KE DER 2016 ‘LIVE’ di ISTANA BUDAYA

lawak_ker_der_2016_700x200Persembahan lawak LIVE nombor 1 Malaysia, Lawak Ke Der 2016, kembali memeriahkan pentas Istana Budaya (Kuala Lumpur) dengan gelak ketawa pada 5 – 8 Mei ini! Read more →