Menyusuli “Janji Jaslina”, saksikan drama bersiri terbaharu, “Fajar Aiman” terbitan Suhan Movies yang akan mengisi slot Azalea TV3 bermula 5 Mei 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang. Drama bersiri 20 episod arahan Hashim Rejab dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salim membariskan pelakon-pelakon handalan tanah air seperti Faralyna Idris (Nur Fajar), Syarul Ridzwan (Aiman), Farah Ahmad (Erma), Fauzi Nawawi (Suffian), Watie Sadali (Najwa) dan Azhan Rani (Shafie). Read more →
Archive for: April 2014
(HIBURAN) Lebih banyak idea percutian ekonomi dalam Destinasi Bajet musim ke-4
Rehat, rawat dan rileks! Itu antara kebanyakan idea percutian pendek buat mereka yang memiliki gaya hidup yang sibuk. Percutian juga mampu memberikan anda idea-idea baru selain mengurangkan tekanan dari tempat kerja. Namun halangan utama di dalam menunaikan impian percutian anda pastinya dalam menentukan bajet mengikut kemampuan sendiri. Namun itu bukan lagi satu masalah kerana rancangan log pengembaraan Destinasi Bajet yang kini memasuki musim ke-4 bakal memberikan anda tips tentang bagaimana anda boleh mendapatkan percutian yang bermakna walaupun dengan bajet yang rendah. Read more →
(HIBURAN) ‘DIA DIA DIA’ BAWA FATIN KE MALAYSIA
Fatin Shidqia Lubis, bintang kelahiran Jakarta, Indonesia mula menempa nama dalam bidang nyanyian setelah menjuarai program TV realiti pencarian bakat, The X Factor Indonesia musim pertama pada Mei 2013. Lebih mesra dengan panggilan Fatin Shidqia atau Fatin, beliau bukan sahaja mempunyai bakat nyanyian yang mengagumkan, malah turut menonjol dalam bidang lakonan.
Sebagai juara The X Factor Indonesia musim pertama, Fatin telah memenangi hadiah sebanyak 1 bilion Rupiah serta kontrak rakaman bersama Sony Music Entertainment Indonesia.
Single pertama ‘Aku Memilih Setia’ dan ‘Dia Dia Dia’ di dalam album ‘Fatin : For You’ mendapat sambutan luarbiasa sejurus dilancarkan dan sering diputarkan di stesen-stesen radio serta TV serta berjaya menduduki tempat pertama di carta iTunes Indonesia. Read more →
(SEMASA) Beats’ New Products Line-up for 2014
BEATS newest addition line-up was previewed to local artists and media at Grand Residence Room, Grand Hyatt KL Hotel. All product distribute by official product distributors Hwee Seng Electronics for Malaysia market. Read more →