KUALA LUMPUR, 31 Disember 2021 – HABIB, jenama terulung barangan kemas tempatan melabuhkan tirai tahun 2021 dengan pembukaan bilik pameran yang ke 31 di Pusat Membeli-Belah Pavilion Bukit Jalil. Lokasi strategik serta kedudukan bilik pameran yang terletak berhadapan dengan pintu masuk utama dan ruang legar pusat membeli belah memudahkan orang ramai untuk berkunjung. Dengan berkeluasan 4,414 kaki persegi, ini merupakan bilik pameran HABIB yang terbesar dan menawarkan pengalaman membeli belah terbaik dengan ruangan yang disediakan adalah lebih lapang, sesuai dengan peredaran di zaman norma baharu. Read more →
Archive for: December 2021
(HIBURAN) SIARAN LANGSUNG MUZIK MUZIK 36 SEPARUH AKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 & 1 JANUARI 2022!
Petaling Jaya, 30 Disember 2021 – Spekulasi dan teka teki lagu manakah yang bakal berentap di AJL 36 bakal terjawab pada 1 Januari 2022 selepas kelangsungan pusingan separuh akhir untuk program Muzik Muzik 36 nanti. 30 buah lagu akan bersaing di Muzik Muzik 36 Separuh Akhir pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 secara siaran langsung dari Studio 1 Glenmarie, Shah Alam. Read more →
(SEMASA) MAJALAH 3 – TANGISAN LEMBAH KLANG
Petaling Jaya, 27 Disember 2021 – Negara digemparkan dengan bencana bah besar bermula 18hb Disember lalu selepas hujan lebat membadai hampir 24 jam dan berlarutan beberapa hari. Kejadian ini telah menyebabkan beberapa negeri dilanda bencana banjir dan kawasan terawal terjejas adalah Lembah Klang. Read more →
(HIBURAN) SYAFEEK & ZAZO BERGELAR JUARA LAGU CINTA KITA MUSIM KETIGA
Petaling Jaya, 26 Disember 2021 – Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘hybrid music dating’, Lagu Cinta Kita Musim Ketiga melabuhkan tirai pada malam ini secara langsung dari Studio 1, Glenmarie Shah Alam dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam menerusi TV3 serta strim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official. Read more →
(SEMASA) Al-Ikhsan Sports Anjurkan Jualan Harga Gudang Produk New Balance Di The Paddock, Kelana Jaya
Petaling Jaya, 24 Disember 2021 – Al-Ikhsan Sports menganjurkan Jualan Harga Gudang Anjuran AL-Ikhsan Sdn Bhd di The Paddock, Kelana Jaya (bangunan lama Western Digital). Read more →