Tag: MILO

(SUKAN) Ekosistem Bola Sepak Akar Umbi Bersepadu MILO® x FAM Menyasarkan untuk Melatih 5,000 Jurulatih dan 100,000 Pemain Muda menjelang 2026

MILO® dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melancarkan kerjasama lima tahun bagi melestarikan masa hadapan generasi pelapis bintang bola sepak menerusi ekosistem pembangunan bola sepak akar umbi bersepadu. Menumpukan fokus utama terhadap latihan kemahiran bola sepak peringkat akar umbi, dua gergasi sukan ini akan berpadu tenaga untuk menyelaraskan serta mengembangkan platform sedia ada masing-masing untuk manfaat jurulatih dan pemain muda. Read more →

(SUKAN) Ibu Bapa Meningkatkan Kesihatan Mental Anak-anak melalui Sukan

Pastinya ramai ibu bapa di Malaysia yang memahami betapa sukarnya untuk mengekalkan motivasi anak-anak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan, apatah lagi apabila sesi permainan bersemuka serta interaksi sosial dengan rakan-rakan telah berkurang. Sekiranya tidak ditangani, keadaan ini dapat menyebabkan apa yang disebut oleh pakar sebagai ‘kelesuan pembelajaran di rumah’. Read more →

(SEMASA) MILO® Melancarkan Tin Edisi Terhad Menghargai Semangat Malaysia sempena Merdeka dan Hari Malaysia

MILO® meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini. Menerusi kerjasama dengan jenama kreatif tempatan, Loka Made, MILO® telah melancarkan Koleksi Tin MILO® Edisi Terhad 1.5kg 2021 yang mengungkapkan pertalian erat antara MILO® dengan Malaysia, selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarkan keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan. Tahun ini, tradisi ini telah diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperantara (AR) buat julung-julung kalinya. Read more →

(SUKAN) Skor impian berlatih bersama FAM menerusi MILO® All Star Challenge!

MILO® bakal merealisasikan impian bintang muda bola sepak dengan MILO® All Star Challenge. Peraduan bola sepak ini bukan sahaja mencungkil bakat terpendam generasi pelapis bola sepak tanah air, malah menawarkan peluang keemasan kepada mereka untuk menjalani program latihan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Read more →

(SEMASA) #SkuadKebaikanMILO menzahirkan tenaga komuniti meraikan Hari Raya Aidilfitri – 430 unit #ParcelKebaikan MILO® disumbangkan kepada tujuh pertubuhan kebajikan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri

Dari Selayang ke Kuching, komuniti yang memerlukan di seluruh tanah air telah menyambut kedatangan Syawal baru-baru ini dengan titipan #ParcelKebaikan (pek bantuan makanan), ehsan sumbangan ikhlas rakyat Malaysia menerusi #SkuadKebaikanMILO sempena bulan Ramadan yang lalu. Read more →