(SEMASA) MENANG RUMAH IMPIAN DENGAN MEMBELI NUUNA

Spread the love

SHAH ALAM, 25 Ogos 2024 – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Siapa menyangka dengan membuat pembelian produk NUUNA, Noorhasnieda Binti Tajuddin telah memenangi sebuah rumah impian Residensi Alea di Puncak Alam, Selangor, sebuah kediaman yang diinspirasikan oleh seni bina Australia. Pengumuman pemenang utama CABUTAN BERTUAH FUYOO! BELI NUUNA MENANG RUMAH ini telah berlangsung di Central Concourse, Central I-City, Shah Alam.

Peraduan yang telah berlangsung daripada 1 Januari sehingga 30 Jun 2024 telah berjaya menarik hampir 15,000 penyertaan daripada seluruh negara. Para peserta hanya perlu membeli produk NUUNA di mana-mana pasaraya dan menghantar penyertaan melalui laman web rasmi RASA. Semakin banyak pembelian, semakin tinggi peluang mereka untuk menang.

Dalam peraduan beli FUYOO! BELI NUUNA MENANG RUMAH ini 200 penyertaan tertinggi telah dipilih untuk layak dalam cabutan bertuah GRAND FINALE. Hadiah utama yang menjadi idaman semua peserta adalah sebuah rumah di Residensi Alea, Puncak Alam, Selangor, sebuah kediaman yang diinspirasikan oleh seni bina Australia. Selain itu, para peserta juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah lain seperti ITSU VIBRO, ITSU AIRBIKE, ITSU SWING BIKE, dan wang tunai RM100 bagi 10 cabutan bertuah.

Untuk memeriahkan lagi peraduan ini, tiga sesi cabutan bertuah dwi bulanan (Jan – Feb, Mac – Apr, Mei – Jun) telah dibuat, di mana tiga pemenang bertuah iaitu Yong Pheng Seng, Choo Lean Wah, dan Muhammad Irfan bin Mohamad Kassim telah membawa pulang hadiah istimewa.

Dalam masa yang sama, Nuuna juga memperkenalkan empat variasi perisa mi segera dan bihun segera baharu yang pasti menggoda selera ramai. Pertama, Nuuna Mi Segera dan Bihun Segera Perisa Keju Pedas, di mana kepedasan yang membara digabungkan dengan keju berkrim, mencipta pengalaman rasa yang luar biasa. Kedua, Mi Segera dan Bihun Segera Perisa Nasi Lemak, membawa keaslian dan kekayaan hidangan ikonik Malaysia ini terus ke dalam mangkuk anda. Mi Segera dan Bihun Segera pertama berperisa nasi lemak di Malaysia. Kedua-dua perisa Mi Segera dan Bihun Segera ini sudah tersedia di pasaran dan pastinya akan menambah kenikmatan bagi pencinta mi segera dan bihun segera di Malaysia.

Program ini dimeriahkan dengan penampilan khas daripada kumpulan De’Fam yang membuat demo memasak serta persembahan. Sesi ini pastinya akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua yang hadir.

Ms Vynce Lim, Ketua Pemasaran Kumpulan Serba Wangi Sdn Bhd berkata, “Kami di NUUNA sangat teruja melihat betapa ramai yang mengambil bahagian dalam peraduan ini. Peraduan FUYOO! BELI NUUNA MENANG RUMAH ini bukan sahaja tentang hadiah besar, tetapi juga tentang menghargai semua pelanggan kami yang setia. Melihat kegembiraan di wajah para pemenang, terutamanya Noorhasnieda Binti Tajuddin yang telah memenangi rumah impian ini, adalah momen yang sangat berharga bagi kami. Kami berharap agar produk NUUNA terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dan terus memberikan yang terbaik kepada para pelanggan.”

RASA dan NUUNA amat berbesar hati dengan sokongan yang telah diberikan oleh semua peserta dan berharap agar acara ini akan menjadi satu kenangan manis buat semua yang terlibat.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *