KUALA LUMPUR, 3 Jun 2026 – Jason Mraz yang popular menerusi lagu hit mencetus fenomena seluruh dunia berjudul I’m Yours dengan lebih dua bilion penstriman akhirnya kembali ke Malaysia selepas tujuh tahun menerusi jelajah Asia yang cukup dinantikan peminat. Konsert bertajuk Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Zues Event, bakal membawa aura positif dan santai ke Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 31 Oktober 2026.
Penyanyi dan penulis lagu juga pemenang Anugerah Grammy memberi inspirasi kepada pelbagai generasi menerusi lagu-lagu penuh semangat dan emosi yang melangkaui identiti akustik-pop beliau dengan gabungan elemen folk, reggae, R&B dan disko.
Sebagai penerima penghormatan Songwriters Hall of Fame, diskografi Jason Mraz dipenuhi lagu-lagu malar segar seperti “I Won’t Give Up”, “Lucky” bersama Colbie Caillat, “Have It All”, “I Feel Like Dancing” serta “The Remedy (I Won’t Worry)” yang terus dimainkan dan dinyanyikan di seluruh dunia.
Jason Mraz memulakan kerjayanya sebagai penghibur jalanan dan penyanyi di kafe sebelum mendapat kontrak rakaman yang membuka laluan kepada kerjaya muziknya yang kini merangkumi sembilan album studio, termasuk album bertaraf platinum dan multi-platinum.
Minat mendalamnya terhadap muzik turut diterjemahkan dalam pelbagai bentuk lain. Seterusnya daripada memegang watak utama dalam muzikal Broadway “Waitress” karya Sara Bareilles, menjadi penerbit eksekutif dokumentari “The Opener”, hinggalah muncul sebagai naib juara rancangan Dancing with the Stars Musim ke-32.
Sebagai seorang aktivis kemanusiaan, beliau turut menubuhkan Jason Mraz Foundation bagi menyokong program pendidikan seni inklusif dan memperjuangkan kesaksamaan. Semua keuntungan daripada album 2020 beliau, “Look for the Good”, disalurkan kepada organisasi yang memperjuangkan keadilan sosial dan kesaksamaan.
Dengan topi fedora ikonik dan petikan gitarnya, Jason Mraz dijangka menghidangkan persembahan penuh irama dan lirik menerusi deretan lagu popular serta material baharu yang pasti mengubah stadium menjadi pesta nyanyian beramai-ramai.
Pengarah Zues Event, Jeffery Chin berkata, “Kami meneruskan momentum daripada kejayaan konsert K-pop kami baru-baru ini dengan membawa pengalaman berbeza yang penuh hubungan emosi dan tenaga positif. Ramai rakyat Malaysia membesar dengan lagu-lagu Jason Mraz, dan muziknya masih relevan hingga hari ini kerana membawa mesej positif, emosi dan keaslian.
“Kami percaya kepulangan Jason Mraz ke Kuala Lumpur bukan sahaja akan menarik peminat setianya, malah pencinta muzik yang mahukan pengalaman persembahan langsung bertaraf dunia yang menghiburkan. Malam itu juga dijanjikan dengan pertunjukan percikan api dan langit dihiasi dron.”
Tiket akan mula dijual menerusi etix.my pada Khamis, 11 Jun bermula jam 10.50 pagi dengan harga RM688 (Jazzy), RM588 (Acoustic), RM488 (Soulful), RM388 (Originals), RM288 (Nostalgic) dan RM158 (Signature – Restricted View), tidak termasuk caj dan cukai berkaitan. Semua kategori tiket adalah tempat duduk.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Zues Event di Facebook dan Instagram.

