KUALA LUMPUR, 30 NOVEMBER 2024 – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menganjurkan larian Railway to See Malaysia Fun Run 2024, di Ibu Pejabat KTMB, Jalan Sultan Hishamudin Kuala Lumpur hari ini. Penganjuran ini adalah bagi memeriahkan agenda pelancongan berkonsepkan “Rail Tourism” di bawah program Railway to See Malaysia Fiesta disamping menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat. Read more →
Archive for: November 2024
(SUKAN) LARIAN ALA PELANCONG TARIK PENYERTAAN ‘RAILWAY TO SEE MALAYSIA FUN RUN’ 2024
(SEMASA) BENDA NAPOLEON BOB 500: IKON MODEN BERASAL DARI WARISAN KLASIK, KINI TERSEDIA DI PASARAN MALAYSIA
PULAU PINANG, 28 NOVEMBER 2024 – Benda Motorcycle terus meluaskan pasaran mereka dengan memperkenalkan model terbaru, Napoleon 500 dengan sesaran enjin 500cc. Dengan mengambil inspirasi daripada motosikal ikonik masa lalu sambil menggabungkan kemajuan terbaru dalam kejuruteraan dan reka bentuk, motosikal ini berjanji untuk mentakrifkan semula pengalaman menunggang klasik untuk peminat di seluruh dunia. Read more →
(SUKAN) VOGE FORMICA ROSSA 150 AKAN BERSAING DI PERLUMBAAN CUBPRIX DAN ARRC 2025
PULAU PINANG, 18 NOVEMBER 2024 – VOGE, sebuah jenama motosikal yang semakin dikenali ramai, dengan bangganya mengumumkan bahawa model pertamanya, Formica Rossa 150 (FR150), akan menyertai Kejuaraan CubPrix Malaysia 2025 dan Asia Road Racing Championship (ARRC). Langkah ini menandakan pencapaian penting bagi VOGE dalam menceburi dunia perlumbaan profesional dengan supermoped-nya yang serba canggih. Read more →
(SEMASA) Ayam Brand Perkenal Ayam Carik Dalam Tin Yang Pertama Untuk Hidangan Enak dan Cepat
Akhirnya, Ayam Brand™, pengeluar makanan dalam tin yang terkenal dengan rangkaian ikan sardin, mackerel, tuna dan saba, kini menawarkan produk ayam. Ayam Brand™ memperkenalkan Ayam Carik dalam Mayones dan Ayam Carik Cili Pedas pertamanya. Kedua-dua tambahan terbaharu dalam portfolio produk Ayam Brand™ ini mencerminkan DNA jenama tersebut yang terdiri daripada sajian bebas bahan pengawet yang enak; dan mudah disediakan. Read more →
(SEMASA) Mengubah Fotografi Telefon Pintar dengan Lensa Telefoto ZEISS APO 200MP Inovatif, Telefon Pintar Konsert Terunggul, vivo X200 Pro dan X200 Kini Hadir di Malaysia
KUALA LUMPUR, 19 November 2024 – vivo Malaysia hari ini melancarkan siri mercu X terbaharu mereka, vivo X200 Pro dan X200, di Malaysia. Siri vivo X200 ini membawakan lonjakan besar dalam teknologi telefon pintar, dengan keupayaan telefoto yang canggih hasil kerjasama dengan ZEISS, prestasi luar biasa dari segi hayat bateri hingga ketahanan, serta reka bentuk yang anggun dan sofistikated, menjadikannya telefon pintar terbaik untuk pengalaman konsert. Read more →
