Kata orang, cara terbaik untuk meramal masa hadapan adalah dengan menciptanya sendiri. Itulah yang sebenarnya dilakukan oleh seseorang usahawan iaitu – mencari perubahan, bertindak balas dan mengeksploitasi sesuatu untuk mendapatkan peluang ekonomi.
Persatuan Peruncit-Rantaian Malaysia atau The Malaysian Retailer-Chains Association (MRCA) bersama-sama 8TV dan ntv7 dengan bangganya melancarkan majlis MRCA Brand Achievement 2014, untuk meraikan para usahawan yang berjaya.
Acara ini bakal mengiktiraf para usahawan tempatan selain memberikan mereka galakan dan inspirasi untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka di Malaysia mahupun luar negara. MRCA Brand Achievement 2014 juga bertujuan untuk memberi sokongan kepada para usahawan Malaysia di dalam industri serta mendapatkan pengiktirafan dari orang ramai.
“8TV dan ntv7 amat berbangga untuk bekerjasama dengan MRCA dalam meraikan kejayaan perniagaan para usahawan ini yang bakal menjadi contoh kepada lebih ramai usahawan. Menerusi ruang ini, para peserta akan dapat membina dan memperkuatkan profil mereka di dalam industri perniagaan mahupun terhadap komuniti secara keseluruhannya yang menyumbang kepada perkembangan industri peruncitan negara,” kata Dorothy Empam, Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan, Media Prima Berhad.
“MRCA Brand Achievement 2014 merupakan sebuah platform untuk mempamerkan pencapaian cemerlang para peruncit kedai rantaian Malaysia dan francaisor. Kami amat berbangga kerana menerusi kerjasama 8TV dan ntv7, kami dapat memberikan pendedahan positif kepada para usahawan yang hebat ini serta syarikat mereka. Industri peruncitan Malaysia telah berkembang maju dan terima kasih kepada mereka yang berani mengimpikan kejayaan – dan kami akan lebih berusaha untuk memberikan sokongan dan platform kepada usahawan-usahawan ini,” kata Dato’ Nelson Kwok, Presiden Persatuan Peruncit-Rantaian Malaysia (MRCA).
Setiap jenama yang menyertai di bawah MRCA Brand Achievement 2014 akan diberi peluang untuk dipaparkan selama dua minit di dalam Berita Mandarin dan Inggeris no.1 negara – 8TV Mandarin News dan 7 Edition. Selain liputan eksklusif menerusi berita di waktu siaran perdana di 8TV dan ntv7 pada jam 8.00 malam bermula 27 Februari ini, para peserta juga akan diberikan promosi televisyen di 8TV dan di bahan terbitan MRCA.
8TV dan ntv7 turut terdapat di Saluran 708 dan Saluran 107.
MRCA Brand Achievement 2014
Senarai Syarikat
No |
Nama Syarikat |
Jenama |
1 |
Brilliant Merchandising Sdn Bhd | Bagman |
2 |
Celtech Security Sdn Bhd | Celtech |
3 |
Dragon-I Restaurant Sdn Bhd | Dragon-i |
4 |
E-PAY (M) Sdn bhd | E-Pay |
5 |
EV World Hotel Management Sdn Bhd | EV World Hotel |
6 |
FMC Greenland Sdn Bhd | BMS Organic |
7 |
Focus Points Holdings Berhad | Focus Point |
8 |
Malaysian Healthcare Sdn Bhd | MayCare |
9 |
MOG Eyewear Sdn Bhd | MOG |
10 |
Mr. Clean Sdn Bhd | Mr.Clean |
11 |
MRCA | |
12 |
Myortho Footcare Sdn Bhd | Myortho |
13 |
Nelson’s Franchise (M) Sdn Bhd | Nelson’s |
14 |
NEP Holdings Nhd | Diamond |
15 |
ONE Community WorldWide Sdn Bhd | ONE Community |
16 |
Poh Kong Holdings Berhad | Poh Kong |
17 |
Ruyi Holdings Sdn Bhd | Zell-V |
18 |
SEG International Bhd | SEGi |
19 |
Shellys Marketing Sdn Bhd | XES Shoe |
20 |
Tangible aim Sdn Bhd | BioThik |
21 |
The Barbecue Plaza (M) Sdn Bhd | The Barbq Plaza |
22 |
Touch ‘n Go Sdn Bhd | Touch ‘n Go |
23 |
YFS Corporate (M) Sdn Bhd | YFS |