(HIBURAN) BITTERSWEET

Spread the love

6621BITTERSWEET merupakan  sebuah band ‘British Pop Rock’ yang berpengaruh berasal dari Ipoh dan terbentuk dalam tahun 2004. Mereka telah berjaya menembusi pasaran muzik tempatan dengan memperkenalkan gabungan muzik ‘Pop Yeh Yeh’ dan ‘BritPop’.

BittersweetSetiap kali muncul di dalam persembahan pentas, BITTERSWEET akan berketrampilan kemas dengan ko-ordinasi warna dan muzik yang kedengarannya tidak ubah seperti kumpulan-kumpulan lagenda British di antaranya Oasis, The Stone Roses dan the Beatles.

‘Perfect Match’ merupakan album pertama BITTERSWEET dan mula dipasarkan  dalam tahun 2006. Album sulung mereka mendapat sambutan yang luar biasa dengan kemunculan terawal yang boleh digolongkan di dalam ‘Brit Pop Band’ di Malaysia. Sambutan dan sokongan dari para peminat muzik tempatan telah mendorong BITTERSWEET untuk melahirkan album kedua yang berjudul ‘Empire’s Transition’ di dalam bulan Mei, 2011. Mereka bukan sahaja diminati di Malaysia malah beberapa negara jiran terutamanya di Asia turut menerima muzik yang ditampilkan oleh BITTERSWEET.  Oleh yang demikian BITTERSWEET telah membuat siri persembahan pentas di Jakarta, Bandung, Singapura dan kebanyakan bandar-bandar di tanahair sendiri.

Band kelahiran Ipoh ini  yang mengekalkan ‘brit rock’ dan ‘garage pop’ sekitar 70an, 80an dan 90an kini melahirkan album ketiga mereka dengan style muzik tersendiri bersempena dengan Ulangtahun ke 12 BITTERSWEET di persada muzik tanahair dengan album yang bertajuk ‘BTSWT’. Album yang dihasilkan oleh BITTERSWEET di bawah syarikat milik mereka sendiri iaitu History Records ini akan berada di pasaran tempatan di dalam semua platform digital mulai 1hb April 2016.  Kepada peminat muzik tanahair rebutlah peluang untuk memiliki album BTSWT samada dalam bentuk cakera padat mahupun album digital edaran Warner Music Malaysia.

Ahli Kumpulan

Fizan (Vokalis)

Herri (Pemain Gitar)

Moon (Pemain Gitar)

Emai (Pemain Keyboard)

Wann (Pemain Bass)

Irfan (Pemain Drum)

Album Studio

2006 – Perfect Match

2011 – Empire’s Transition

March 2016 – BTSWT

Social Media Platform

Facebook :  www.facebook.com/bittersweetbeat 

Instagram : @bittersweetbeat – 7,500 “Followers”

Twitter : @bittersweetbeat – 12,000 “Followers”

Youtube : BittersweetMGMT


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *