(HIBURAN) “Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa” (KAMDRS) di pawangam bermula 14 Ogos 2014 ini.

Kawan Aku Mati Dalam Rumah SewaSMALL

“MANGKIN PRESTIJ” masih dikira nama baru di dalam industry penerbitan filem di Malaysia, namun begitu kesungguhan yang ditunjukan oleh pemiliknya iaitu Madam Jane Lim dalam mengembalikan kegemilangan filem Melayu tempatan khususnya amatlah dihargai. Selepas berjaya dengan filem “Ia Wujud” yang menjadi filem pertama terbitannya, “Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa” (KAMDRS) menjadi filem kedua terbitan Mangkin Prestij.

Menurut pengarahnya, Hashim Rejab, dia yang menampilkan pelawak-pelawak baru dalam filem pertama arahannya ini percaya dengan kemampuan bakat-bakat baru ini dalam menjayakan KAMDRS dan beliau percaya penerimaan filem yang bergenre komedi kini sangat diterima oleh lapisan masyarakat. Tambah Hashim, penghasilan filem pada masa kini tidak dinafikan perlu diukur terhadap permintaan penonton kerana penonton yang menjadi kayu pengukur terhadap kejayaan serta penerimaan sesebuah karya itu. Filem bergenre komedi-seram ini menampilkan trio kumpulan Bocey yang terdiri daripada Abam, Acey dan Fad selain turut dibarisi Yassin SYJ dan juga Epy Kodiang.

Kawan Aku Mati Dalam Rumah SewaSMALL3

SINOPSIS KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA

Cerita ini menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem. AKHIR pula adalah seorang pekerja di sebuah stesen minyak dan REMY adalah seorang pengilap kasut. Mereka menyewa rumah yang dimiliki oleh PAK CIK OSMAN BASAH.

P1150721

Pada suatu hari, anak saudara PAK CIK OSMAN BASAH iaitu SAIPOL ingin menumpang di rumah mereka. SAIPOL yang merupakan seorang mat rempit telah memenangi perlumbaan motor secara haram dan membawa pulang sejumlah wang ke rumah tersebut.

P1220625

SAIPOL yang terkejut dengan kehadiran RUDY berpakaian hantu terkejut dan meninggal dunia. REMY dan AKHIR yang kebetulan balik ke rumah sewa tersebut turut sama panik dengan kejadian tersebut.

P1160876

Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka bertiga untuk memastikan kematian SAIPOL serta dalam masa yang sama cuba menyembunyikan kematian tersebut dari pengetahuan PAK CIK OSMAN BASAH.

P1170083

Apakah yang berlaku seterusnya? Saksikan “Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa” (KAMDRS) di pawangam bermula 14 Ogos 2014 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *