(HIBURAN) Radhi kembali ke persada muzik tanah air…

Spread the love

OAG2

Secara jujurnya, ‘BawahTanahAyer’ dihasilkan melalui rasa sedih Radhi OAG terhadap dunia. Lagu tersebut merupakan pandangan peribadi beliau terhadap nilai kemanusian yang semakin lemah dan hilang kebaikannya. Radhi merasakan nilai kemanusian tidak perlu lemah kerana apa jua yang berlaku, walau siapa pun kita di dunia, semunya akan ditanam enam kaki di bawah (BawahTanah!).

OAG1

Radhi mula menulis lagu ‘BawahTanahAyer’ pada tahun 2004 selepas mendapat inspirasi melalui buku “The Malay Dilemma” hasil penulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lagu tersebut telah melalui beberapa fasa perubahan tajuk dan penciptaannya dari masa kesemasa mengikut pandangan Radhi terhadap perkembangan dunia dan tanah airnya sendiri pada ketika itu.

Demo pertama ‘BawahTanahAyer’ telah dirakamkan oleh OAG pada tahun 2005 dengan menggunakan nama “Puitis Bawah Tanah Air”. Pada tahun 2007 pula, lagu tersebut telah digubah dan diberi nama “British D’BawahTanah Ayer”. Sekali lagi lagu ini telah melalui proses penggubahan dan ditukarkan tajuknya tiga tahun kemudian (2010) kepada “Di Bawah 1 Tanah Air”.

Akhirnya pada tahun 2014, ‘BawahTanahAyer’ telah dipilih menjadi tajuk tetap bagi lagu ini. Susunan muziknya juga diperkemaskan untuk dijadikan “single” terbaru OAG.

‘BawahTanahAyer’ telah dirakamkan oleh Radhi bersama generasi pemuzik OAG yang kelima. Mereka adalah Radhi selaku Vokal & Gitar, Nizam diposisi Gitar, Azam diposisi Drum, Nazrin diposisi Bass dan Izmer diposisi Keyboards & Violin.

Melalui BawahTanahAyer, Radhi bertindak selaku produser bersama rakan seperjuangan beliau di dalam industri muzik, Greg Henderson. Buat pengetahuan semua, Greg juga adalah produser dan pemuzik dalam pembikinan album melayu pertama OAG – ‘Radhi-O Friendly’ dan album ‘Satelit Ink’. Pembikinan ‘BawahTanahAyer’ merupakan pengalaman baru buat mereka mengikut peredaran zaman dan perkembangan industri muzik tanah air.

OAG 1

Video muzik ‘BawahTanahAyer’ juga kini sudah boleh disaksikan di laman sesawang YouTube.

‘BawahTanahAyer’ merupakan ‘single’ terbaru OAG selepas lama ‘bertapa’ daripada industri hiburan tanah air. Pelancaran ‘single’ ini juga merupakan sebuah kebangkitan buat OAG untuk mereka meneruskan pembikinan album terbaru yang bertajuk ORANG EP 02 yang mana akan menjadi kesinambungan kepada album ORANG EP 01 yang telah dihasilkan pada 10 tahun yang lalu. Adakah anda sudah bersedia?

Aman kepada dunia! Aman kepada kemanusian! Aman untuk selamanya!

#BawahTanahAyer #OAG #RadhiO


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *