(SUKAN) “Aston Martin Racing Asia” menganjurkan acara eksperiensial di Malaysia, Menandakan debut i8 Vantage GT4 di “Thailand Super Series 2022”.

Spread the love

Kuala Lumpur, 14 November 2022 – Jenama sukan perlumbaan permotoran premium, Aston Martin Racing Asia, memberi penghormatan kepada penampilan sulung i8 Vantage GT4 di Thailand Super Series 2022 menerusi acara gilang-gemilang yang  dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia.

Dalam perlumbaan pertama penuh aksi dan mendebarkan yang diadakan antara 27 Oktober hingga 30 Oktober di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Bangkok, i8 Vantage GT4 yang dipandu Adam Khalid telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam Kelas GTC Production.

Aston Martin i8 Vantage GT4 merupakan sebuah kereta yang dibina khusus untuk perlumbaan litar yang ekstrem. Ia berjaya mempamerkan prestasi tinggi dengan enjin V8 4.0 liter yang lebih besar dan suspensi yang dinaik taraf, sekaligus menyediakan pakej aerodinamik yang lebih baik di arena.

“Saya berterima kasih kepada Aston Martin Racing Asia dan penaja kami kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk memandu i8 Vantage GT4 ke tahap maksima di Thailand Super Series 2022. Saya berasa bangga dapat bekerjasama dengan pasukan yang hebat dan berpeluang membawa pengalaman ini pulang ke Malaysia. Di sinilah tempat saya mula mengembara dengan sokongan ramai pemandu yang berpengalaman. Saya berharap dapat mencipta sejarah dengan i8 Vantage GT4 dalam perlumbaan seterusnya pada bulan Disember,” kata Adam Khalid.

Berjaya menawan lebih 20 penamat podium dan meraih pelbagai kemenangan dalam kerjaya perlumbaannya, Adam telah membuat pendakian menakjubkan dalam tangga perlumbaan auto Asia. Dalam jangka masa yang singkat, beliau merangkul anugerah “Rookie of the Year”, menjuarai Festival Kelajuan sebanyak tiga kali dan menjadi pemenang dua kali Kejohanan Endurance Malaysia. Pengalamannya kini melonjak jauh apabila beliau merentas batasan dengan i8 Vantage GT4.

Semasa acara di Litar Antarabangsa Sepang, para penonton telah berpeluang untuk mendekati dan menyaksikan kehebatan i8 Vantage GT4 melalui interaksi langsung bersama pemandunya, Adam Khalid dan pasukan perlumbaan beliau. Pengunjung terpilih juga telah menikmati peluang eksklusif, sekali seumur hidup dipandu mengelilingi litar oleh Weiron Tan, Pengetua Pasukan Aston Martin Racing Asia, dalam satu-satunya i8 Vantage GT4.

Kedudukan Aston Martin Racing Asia sebagai perintis dan visinya untuk menguasai arena perlumbaan diperkukuhkan dengan sokongan berterusan daripada para penaja, media, pempengaruh dan peminat dari seluruh dunia. Ditunjang usaha R&D, teknologi, sumber dan pengalaman yang luar biasa, i8 Vantage GT4 bersedia untuk mencatat sejarah dalam baki pusingan Siri Super Thailand 2022.

“Ini adalah masa yang sangat menarik untuk Aston Martin Racing Asia. Kemunculan pertama i8 Vantage GT4 dalam Siri Super Thailand 2022, dengan kerjasama penaja sokongan kami, kami berasa teruja dapat berkongsi kegembiraan bersama seluruh rakyat Malaysia. i8 Vantage GT4 direka untuk mempamerkan ketelitian, kewibawaan dan keseronokan di litar lumba. Kami sangat gembira dapat menyampaikan emosi ini kepada para pengunjung di Sepang,” kata Weiro Tan, Pengetua Pasukan Aston Martin Racing Asia.

Untuk terus meraikan penampilan sulung i8 Vantage GT4 yang istimewa dalam Thailand Super Series 2022, satu pemenang bertuah bakal memiliki Aston Martin Vantage GT4 dan pendaftaran percuma dalam Program Pengalaman Latihan Perlumbaan serta hadiah-hadiah lain bernilai sehingga USD1,000,000.

Ketahui lebih lanjut mengenai Thailand Super Series 2022 dan Aston Martin Racing Asia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *