Bagai suatu mimpi yang menjadi kenyataan apabila 30 orang pemenang bertuah Peraduan InnerShine®Sejoli, dapat bertemu dan beramah mesra dengan bintang-bintang Sejoli kesayangan mereka – Maya Karin, Bront Palare dan Izara Aishah yang juga duta kepada produk InnerShine®, dalam sebuah majlis istimewa di Kuala Lumpur hari ini. Read more →
Tag: Maya Karin
(HIBURAN) “SUPERMOKH Sebuah Muzikal Restaging” kembali ke Istana Budaya
Berbekalkan restu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Datin Tengku Zarina dan keluarga Allahyarham Mokhtar Dahari, serta di atas permintaan ramai, Tall Order Productions Sdn Bhd dengan kerjasama Jugra Publications Sdn Bhd sekali lagi akan membawa pementasan SUPERMOKH Sebuah Muzikal yang berjaya mencatat 17 persembahan sold out kepada anda. Muzikal yang pertama kalinya dipersembahkan pada November 2013 ini meriwayatkan kisah hidup salah seorang ikon kesayangan Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari, pemain bola sepak terunggul yang digelar ‘SuperMokh’ oleh peminat-peminatnya. Read more →
(HIBURAN) “TEKA TEKI” Maya Karin Akhirnya Terjawab Sudah
Setelah lama menyepi didalam bidang nyanyian, pada Jun 2013, Maya telah hadir dengan lagu ‘Bintang Syurga’ yang muncul sebagai hadiah kepada peminat setia beliau yang merindukan alunan suaranya. Dan kalau sebelum ini lagu ‘Bintang Syurga’ telah didendangkan sendiri oleh Maya di Switzerland bersama-sama dengan penyanyi popular Switzerland iaitu Bastian Baker, kini, Maya Karin tampil pula dengan album terbaru yang bertajuk ‘Teka-Teki’. Album ‘Teka-Teki’ ini memuatkan sebanyak 7 buah lagu seperti ‘Bintang Syurga’, ‘ Logika’, ‘Tersenyum’, ‘Teka-Teki’, ‘Titi Rahsia’, Selamat Tinggal Cinta’ dan juga ‘Hanya Sebentar’. Read more →
(HIBURAN) MAYA & BRONT SEDIA MENCANTAS CINTA
Apakah yang akan anda lakukan jika anda dapat berdepan dengan bekas kekasih ‘perampas’ pasangan anda? Rancang untuk memusnahkan kebahagiaan pasangan baru tersebut? Itulah misi yang bakal dilakukan Maya Karin dan Bront Palarae, 20 Februari ini melalui filem SEJOLI, dari skrip garapan pengarah Cun dan Ombak Rindu, Osman Ali bersama Ikhwan Sha. Read more →





