Tag: MEDIA PRIMA

(HIBURAN) AJL29 RAIH LEBIH 6 JUTA PENONTON!

Juara Lagu - Apa Khabar - Joe Flizzow & SonaOne

Lebih 15,000 peminat muzik tanah air telah membanjiri Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menyaksikan Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) yang disiarkan secara langsung selama tiga jam dari 9.00 malam pada 18 Januari 2015, Ahad yang lalu. Read more →

(HIBURAN) GUAKUSTIKA 2014 CARI BAKAT BARU!

GUAkustika 2014

Portal hiburan dan gaya hidup GUA (www.gua.com.my) sekali lagi bakal menganjurkan showcase GUAKUSTIKA 2014 yang bakal berlangsung pada 23 November 2014 di Nu Sentral, Kuala Lumpur. Acara tahunan ini merupakan kesinambungan daripada acara yang sama dianjurkan semenjak tahun 2012 dan mendapat sambutan hangat peminat industri muzik tempatan. Read more →

(SEMASA) #DoakanMH370 Ingatan Dan Harapan Kami Sentiasa Bersamamu

Messages of hope - Datuk Johan  Jaaffar, Chairman, Media Prima Berhad writing his message on the tribute  board

Sudah lebih sebelas hari dunia dikejutkan dengan insiden misteri kehilangan pesawat MH370. Namun sokongan rakyat Malaysia dan juga masyarakat seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama tidak pernah putus diterima. Misi mencari serta menyelamat telah dijalankan secara intensif dengan satu harapan agar pesawat MH370 kembali ditemui dengan selamat. Read more →

(HIBURAN) Lagu “Bahagiamu Deritaku“ nyanyian Hafiz Suip dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)

ajl final 2014 17gmo

Lagu nyanyian Hafiz iaitu “Bahagiamu Deritaku“ telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) setelah berentap dengan 11 lagi lagu terbaik di pentas akhir Angerah Juara  Lagu 28 yang bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Juara AJL 28 kali ini membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 35,000 manakala naib juara AJL28 disandang oleh kumpulan Hyper Act menerusi lagu “Hanya Aku” dan membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 15,000. Tempat ke tiga pula dimiliki oleh gandingan duo Altimate dan Awi Rafael menerusi lagu “ Kalau Aku Kaya”. Persembahan terbaik juga dirangkul oleh  Hafiz melalui lagu “Bahagiamu Deritaku“ dengan membawa pulang hadiah Trofi dan wang tunai RM 10,000 manakala vokal terbaik dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu “Ikut Rentakku”. Anugerah download ring tones celcom XPAX terbanyak milik “Bahagiamu Deritaku“ (Hafiz). Read more →

(HIBURAN) Shout! Awards 2013 KEMBALI !!!

IMG_1234

Shout! Awards 2013 KEMBALI !!! Di tahun keempat penganjurannya, anugerah yang mengiktiraf pemenang hasil dari pilihan peminat ini bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Shout! Awards 2013 bakal bersiaran secara langsung di kaca televisyen anda pada 9 November jam 9 malam di 8TV. Majlis gilang gemilang ini bakal menampilkan 17 anugerah dalam lima kategori berbeza dan satu anugerah utama iaitu The Ultimate Shout! Award. Tarikh undian mula dibuka pada 18 Oktober sehingga 8 November. Untuk keterangan lanjut mengenai cara pengundian dan informasi terkini mengenai Shout! Awards 2013, layari laman web www.shoutawards.com.my ataupun www.8tv.com.my. Read more →