Tag: NTV7

(HIBURAN) The Liar – DI SEBALIK PEMBOHONGAN TERSURAT KEBENARAN

The Liar Cast group pic during press conferencemo

Sukar untuk menafikan bahawa di antara kita tidak pernah melakukan pembohongan. Mungkin sekurang-kurangnya sekali di dalam kehidupan. Kita lakukannya di atas pelbagai sebab mahupun alasan untuk menutup kebenaran yang menyakitkan yang mungkin memusnahkan diri sendiri atau orang yang kita sayangi. Read more →

(HIBURAN) Kadar tontonan ntv7 meningkat menerusi dua produksi blokbuster tempatan

 image003

Suku tahun ketiga tahun ini menyaksikan Saluran Ceria Anda, ntv7 berjaya menarik ramai penonton Malaysia untuk memilih stesen itu menerusi dua buah drama produksi tempatan – The Undercover dan The Game 2.

Tahun ini, drama bersiri The Undercover berjaya mengutip rating tertinggi buat saluran itu menerusi slot waktu perdananya pada jam 9.30 malam dengan peratusan perkongsian penonton berbangsa Cina 4+ sebanyak 42% sepanjang 30 episod siarannya. Siri itu mendapat sambutan yang paling memuncak bermula episod ke-16 dengan hampir 700,000 penonton di mana ia mewakili peratusan 48% bagi perkongsian penonton Cina 4+. Drama bersiri itu disiarkan sempena ulang tahun ke-15 ntv7 serta membariskan nama besar pelakon Cina tempatan seperti Adrian Tan, Aenie Wong, Karena Teo dan Ernest Chong yang juga merupakan drama bersiri top pada bulan Ogos lapor Kajian Media Nielsen.

Drama realiti – The Game 2 – juga meneruskan kejayaan seperti drama pertamanya tahun lalu. Drama realiti dengan konsep segar itu disiarkan selama dua jam dan dilakonkan tanpa menggunakan skrip. Drama itu disiarkan sempena Festival Hantu Lapar pada 20 Ogos dan berjaya menarik seramai hampir 600,000 penonton iaitu 45% perkongsian peratusan penonton Cina 4+ (2% lebih daripada rekod drama pertamanya). Manakala platform di atas talian (online) turut menerima sambutan baik seperti drama The Game yang pertama iaitu sebanyak 7,000 pengunjung dalam masa hanya beberapa hari. Read more →

(SEMASA) NTV7 semarak kempen Saya Sayang Malaysia menerusi program istimewa

TBS-2013-Official-Logo HiRESgmo

Kempen Saya Sayang Malaysia yang dilancarkan Media Prima Berhad Julai lalu bakal disemarakkan lagi oleh Saluran Ceria Anda, ntv7 menerusi rancangan-rancangan produksi tempatan sebagai usaha bersepadu bagi kempen tersebut. Beberapa program dokumentari tempatan dan rancangan temubual terkenalnya – The Breakfast Show – bakal membawakan isu nasional seiring sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 serta ulang tahun ke-50 pembentukan Malaysia. Kempen itu juga menggalakkan orang ramai menggunakan hash tag khas, #MYSyg (dibaca sebagai hashtag My Sayang) untuk kempen ini. Read more →

(HIBURAN) The Game returns @NTV7 …with a new serial killer

The Game 2 poster cropgmo

The Game – Malaysia’s 1st ever reality drama – definitely deserves a second run on TV screen with its highly successful achievements including ranking No.1 amongst all Chinese shows on Merdeka eve in 2012 with over 628,000 Chinese viewers at 43% Chinese share. The two-hour reality drama which made its debut on ntv7 to coincide with the Hungry Ghost Festival also crunched amazing numbers on its social media platforms including a whopping 228% increase in Facebook page likes. Read more →

(SEMASA) NTV7 – 15 tahun yang penuh pencapaian dan terus progresif

ntv1

Ketibaan tahun 2013 pastinya istimewa buat ntv7. Malah saat tahun 2013 menjengah, ntv7 sudah bersedia dengan pelbagai strategi dalam mengukuhkan dan menceriakan lagi stesen itu yang sinonim dengan slogan Saluran Ceria Anda. Tahun ini juga menyaksikan ntv7 mula mengorak langkah lebih progresif seiring dengan sasaran penontonnya yang inginkan pengisian kandungan televisyen yang lebih urban serta meraikan ulang tahunnya yang ke-15. Read more →