Tag: Aishah Sinclair

(SUKAN) Feel Good Run 2013

IMG_6800gmo

Saluran Ceria Anda, ntv7 hari ini meraikan ulang tahun ke 15-nya di larian amal – Feel Good Run 2013 – yang merupakan kali ketiga dianjurkan stesen TV itu dengan seramai 5,700 pelari membanjiri Sri Pentas, Bandar Utama seawal 5.30 pagi. Acara yang merupakan larian terbesar di Bandar Utama itu turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang turut melepaskan para peserta buat tiga kategori larian 15KM, 7KM dan 2.3KM. Turut hadir mengiringi beliau adalah para pengurusan tertinggi Media Prima Berhad – Encik Ahmad Izham Omar (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian TV), Datuk Kamal Khalid (Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan), Shareen Ooi (Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Media Prima), Seelan Paul (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio dan Ketua Pegawai Strategi, Rangkaian TV), Airin Zainul (Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV), Sofwan Mahmood (Pengurus Besar Kumpulan, Operasi Berita, Rangkaian TV dan Radio) dan Dorothy Empam (Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan). Read more →

(SUKAN) LARI BERSAMA LEBIH 80 SELEBRITI TERKENAL DI LARIAN AMAL FEEL GOOD RUN 2013!

FGR 2013 - Celebs Group Pic

Menyertai larian yang melibatkan ramai orang awam di pagi hari pastinya menyeronokkan tatkala semua orang berkongsi perasaan ceria dan detik gembira bersama keluarga mahupun sahabat handai. Malah di dalam larian sebegini juga anda boleh menemui rakan baru yang berkongsi minat yang sama. Larian amal Feel Good Run 2013 yang dijadualkan pada 7 Julai di Sri Pentas nanti pastinya merupakan medan pertemuan terbaik buat semua pelari untuk saling bergembira bersama kenalan baru atau rakan karib. Lebih menarik larian itu juga bakal menyaksikan para selebriti tempatan turut serta berlari bagi memeriahkan lagi acara yang dinanti-nantikan itu. Read more →

(HIBURAN) The PHAT FABES & BEN Show

IMG_1590

NTV7 dan FLY fm telah membawa rancangan radio The Phat Fabes & Ben Show ke layar televisyen. Rancangan temubual komedi dan aksi spontan ini akan memulakan siaran pada 22 Mei 2013, setiap hari Rabu, jam 9 malam di NTV7. Rancangan ini diterajui oleh penyampai radio popular di FLY fm iaitu Phat Fabes dan Ben disamping penampilan istimewa selebriti tempatan antaranya Nadhira, Altimet, Douglas Lim, Deborah Henry, Aishah Sinclair , Rina Omar, Hafiz Hatim, Nadine Ann Thomas dan ramai lagi.

Read more →

(SEMASA) Kerjasama “Baajookoo & KYLA RUIZ” cetuskan kekuatan 2 jenama

IMG_9931GMObajooko logo

KUALA LUMPUR : 18 APRIL 2013 –  Selebriti 3 serangkai yang popular iaitu Yasmin Hani, Atilia dan Daphne Iking telah melancarkan kolaborasi label fesyen pakaian mereka tersendiri iaitu Baajookoo dengan kerjasama dengan Stephanie Li Na Tay yang merupakan pengasas jenama fesyen KYLA RUIZ  (Malaysia) melalui koleksi pakaian renang dari Sao Paolo , Brazil dan koleksi barang kemas dan perhiasan dari Los Angeles , Amerika Syarikat. Read more →

(SEMASA) Bella Awards Malam Penuh Makna & Glamor!

Winners @ Bella Awards 2013 (L-R) - Fara Fauzana, Dato' Ir. Rosaline Ganendra, Gillian Hung, Debbie Goh, Dr. Premitha Damodaran, Low Ngai Yuen

Bella Awards yang julung kali diperkenalkan oleh ntv7 ternyata tidak menghampakan apabila anugerah yang memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada wanita bukan sahaja  berjaya mengangkat martabat wanita malah merupakan acara penuh glamor. Read more →