Tag: NTV7

(HIBURAN) ASIAN TV AWARDS KE-18 ntv7 terima pencalonan tertinggi di dalam industri penyiaran TV Malaysia

ntv7 awardssmall

ANUGERAH BERPRESTIJ RANTAU INI akan meraikan karyawan seni dari seluruh Asia di dalam Asian Televison Awards yang ke-18 dan telah pun mengumumkan senarai pencalonannya yang terdiri daripada 12 buah negara seperti Hong Kong, Korea, Indonesia, India, China, Singapura dan Malaysia. Read more →

(HIBURAN) Top 5 pencalonan penuh Anugerah Skrin 2013

TV3-SHOWS-featurcro[p

Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) memecah tradisi apabila buat pertama kalinya membuat pengumuman awal lima pencalonan terbaik (Top 5) bagi 30 kategori yang bertanding menerusi rancangan Debaran Anugerah Skrin 2013. Kemuncak acara itu bakal berlangsung pada 29 November 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam , Selangor pada pukul 9 malam. Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal. Untuk kategori drama, 16 buah drama, 13 drama rantaian dan empat drama komedi telah dicalonkan manakala untuk kategori filem 54 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan. Seperti tahun sebelumnya. Media Prima Berhad juga turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO dan juga TV AlHijrah untuk bersama-sama menyertai anugerah berprestij ini. Read more →

(SEMASA) BAJET 2014 – Rancangan istimewa selama 1 jam

Mock-Run - 2014 Budget (ntv7 team)

Bajet 2014 yang bakal dibentangkan di Parlimen pada 25 Oktober ini pastinya bakal ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Bagi memastikan para penonton dilengkapkan dengan pemahaman serta perkembangan terkini, saluran pilihan ramai, ntv7 akan membawakan rancangan diskusi khas SECARA LANGSUNG selama satu jam sebelum dan selepas pembentangan Bajet 2014 itu nanti. Read more →

(HIBURAN) ANTARA CINTA DAN CITA-CITA DALAM DRAMA BERSIRI KOREA “SUNGKYUNKWAN SCANDAL”

Sungkyunkwan Poster

Berita baik buat peminat drama bersiri Korea di ntv7, sebuah lagi judul baru Sungkyunkwan Scandal bakal menemui mereka bermula 23 Oktober (Rabu) ini setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengah hari. Lebih mengujakan adalah drama bersiri itu merupakan pertama kalinya bersiaran di saluran tidak berbayar Malaysia dan tetap mengekalkan audio dalam versi Korea. Read more →

(HIBURAN) THE APARTMENT Rancangan Realiti TV Hiasan Dalaman No.1 Asia

IMG_0368gmo

Berikutan kejayaan musimnya yang lalu, The Apartmentrancangan realiti televisyen mengenai hiasan dalaman No.1 Asia – kembali buat kali ketiga dengan gabungan para peserta yang mantap dengan tema barunya, “Design Your Destiny”. Rancangan realiti berdurasi sejam bagi setiap episod ini bakal ke udara di saluran percuma, ntv7  bermula 5 Oktober 2013, setiap hari Sabtu jam 9.30 malam yang turut dibawakan dengan kerjasama oleh penaja Sime Darby Property dan Dulux selaku penaja bersama. Read more →