Tag: Ong Ai Leng

(SUKAN) LARI BERSAMA LEBIH 80 SELEBRITI TERKENAL DI LARIAN AMAL FEEL GOOD RUN 2013!

FGR 2013 - Celebs Group Pic

Menyertai larian yang melibatkan ramai orang awam di pagi hari pastinya menyeronokkan tatkala semua orang berkongsi perasaan ceria dan detik gembira bersama keluarga mahupun sahabat handai. Malah di dalam larian sebegini juga anda boleh menemui rakan baru yang berkongsi minat yang sama. Larian amal Feel Good Run 2013 yang dijadualkan pada 7 Julai di Sri Pentas nanti pastinya merupakan medan pertemuan terbaik buat semua pelari untuk saling bergembira bersama kenalan baru atau rakan karib. Lebih menarik larian itu juga bakal menyaksikan para selebriti tempatan turut serta berlari bagi memeriahkan lagi acara yang dinanti-nantikan itu. Read more →

(SEMASA) Bazaar Amal “Listen to the World” NTV7

DSCF0327

Bazaar Amal “Listen to the World” merupakan kesinambungan projek program LISTEN TO THE WORLD anjuran NTV7 yang merupakan program khidmat bakti selebriti tempatan kepada masyarakat tidak kira di dalam dan luar negara. Lelongan dan jualan amal ini yang berlangsung di Sunway Giza@Kota Damansara bermula sekitar 10pg – 2ptg  (9 Jun 2013) yang mendapat sokongan selebriti-selebriti yang menjayakan projek ini dan juga kakitangan jabatan NTV7. Segala kutipan majlis amal ini akan digunakan untuk menampung dana bagi membantu mereka yang memerlukan dan program ini masih lagi berjalan walaupun beberapa misi bakti telah pun dirakam dan bakal disiarkan bermula 2 Ogos 2013, pada setiap Jumaat jam 10 malam sehingga jam 10.30 malam di NTV7. Read more →

(SEMASA) BELLA AWARDS 2013: ANUGERAH UNTUK PILIHAN ORANG RAMAI

Bella Awards LogoSMALL

Undi calon kegemaran anda di rancangan anugerah wanita pertama di Malaysia 

Pelbagai perkara yang harus dinantikan di rancangan anugerah wanita pertama Malaysia – Bella Awards – yang bakal berlangsung kurang dari tempoh sebulan. Lebih menarik apabila empat kategori tambahan bakal ditentukan melalui pengundian pilihan orang ramai baru diumumkan bulan lalu yang memberikan peluang kepada anda untuk memilih calon kegemaran anda sendiri. Read more →