Tag: Aenie Wong

(HIBURAN) The Liar – DI SEBALIK PEMBOHONGAN TERSURAT KEBENARAN

The Liar Cast group pic during press conferencemo

Sukar untuk menafikan bahawa di antara kita tidak pernah melakukan pembohongan. Mungkin sekurang-kurangnya sekali di dalam kehidupan. Kita lakukannya di atas pelbagai sebab mahupun alasan untuk menutup kebenaran yang menyakitkan yang mungkin memusnahkan diri sendiri atau orang yang kita sayangi. Read more →

(SUKAN) LARI BERSAMA LEBIH 80 SELEBRITI TERKENAL DI LARIAN AMAL FEEL GOOD RUN 2013!

FGR 2013 - Celebs Group Pic

Menyertai larian yang melibatkan ramai orang awam di pagi hari pastinya menyeronokkan tatkala semua orang berkongsi perasaan ceria dan detik gembira bersama keluarga mahupun sahabat handai. Malah di dalam larian sebegini juga anda boleh menemui rakan baru yang berkongsi minat yang sama. Larian amal Feel Good Run 2013 yang dijadualkan pada 7 Julai di Sri Pentas nanti pastinya merupakan medan pertemuan terbaik buat semua pelari untuk saling bergembira bersama kenalan baru atau rakan karib. Lebih menarik larian itu juga bakal menyaksikan para selebriti tempatan turut serta berlari bagi memeriahkan lagi acara yang dinanti-nantikan itu. Read more →

(SEMASA) Bazaar Amal “Listen to the World” NTV7

DSCF0327

Bazaar Amal “Listen to the World” merupakan kesinambungan projek program LISTEN TO THE WORLD anjuran NTV7 yang merupakan program khidmat bakti selebriti tempatan kepada masyarakat tidak kira di dalam dan luar negara. Lelongan dan jualan amal ini yang berlangsung di Sunway Giza@Kota Damansara bermula sekitar 10pg – 2ptg  (9 Jun 2013) yang mendapat sokongan selebriti-selebriti yang menjayakan projek ini dan juga kakitangan jabatan NTV7. Segala kutipan majlis amal ini akan digunakan untuk menampung dana bagi membantu mereka yang memerlukan dan program ini masih lagi berjalan walaupun beberapa misi bakti telah pun dirakam dan bakal disiarkan bermula 2 Ogos 2013, pada setiap Jumaat jam 10 malam sehingga jam 10.30 malam di NTV7. Read more →