Tag: tv3

(HIBURAN) SETIA HUJUNG NYAWA RAYA’

Setia Hujung Nyawa Raya - Tunggak utama, Amar Ashraf dan Nelydia Senrosesmallgmo

Selepas drama siri slot Akasia, Setia Hujung Nyawa berjaya mencetuskan satu fenomena pada awal tahun lalu, pasti ramai yang merindui drama romantik lakonan Amar Asyraf dan Nelydia Senrose ini. Menjelang Hari Raya Aidilfitiri yang bakal diraikan pada 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434, TV3 akan mempersembahkan drama Setia Hujung Nyawa Raya khas buat peminat drama terbitan Suhan Movies ini. Read more →

(HIBURAN) BINTANG MENCARI BINTANG RAYA

BMB Rayacropsmall

Berakhirnya ramadan yang suci ini, kita bakal meraikan Syawal yang mulia. Sanak saudara pasti berkumpul sambil bergembira menyambut syawal. Sambil berkumpul tidak lupa juga menyambut para tetamu yang turut datang bertandang, antaranya yang bakal bertandang kerumah adalah anak didik bintang mencari bintang yang bakal menceriakan ruang tamu anda.

Bintang Mencari Bintang baru melabuhkan tirainya Jun lalu dengan menobatkan anak didik Harun Salim Bacik, ACHEY, sebagai Juara Bintang Menjadi Bintang Musim Pertama.  Bakat kesemua anak didik Bintang Mencari Bintang ini dipertengahkan lagi dan tidak terhenti disini, TV3 memberikan mereka satu program istimewa sebagai hadiah kepada peminat mereka bersempena aidilfitri dengan Bintang Mencari Bintang Raya.

Bakal tertera dikaca TV3 pada Raya Kesembilan, bermula jam 9.00 malam, Bintang Mencari Bintang Raya yang berdurasikan 1 jam, dihoskan oleh  Johan BMB ACHEY & Naib Johan BOCIK. Turut dibintangi oleh Titan, Tapaw, Gegau, Kelawak, Tocai, Ajo, Big Too, Awok, Bowl, XOXO, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faizal Ismail, Senario, Raja Azura, Sabri Yunus Read more →

(HIBURAN) “DAPUR PANAS” MEMERIAHKAN SAJIAN BERBUKA PUASA ANDA

Dapur Panas (1) Hos Nik Michael dan Neelofa sedang berkongsi tip masakan

Ramadan pastinya kurang meriah tanpa program-program memasak TV3 khusus untuk tontonan semua dalam memberi idea untuk mempelbagaikan juadah berbuka puasa setiap hari. Pelbagai program masakan ditayangkan tapi DAPUR PANAS memberikan ciri-ciri yang berlainan daripada program masakan yang lain yang agak klise. Read more →

(HIBURAN) OMG’ (Ohsem Music Group) dan ‘Geng Kampung Pisang’ akan menceriakan malam Sabtu dan Ahad

page

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, TV3 dengan tema ‘Seindah Ramadan’ mempersembahkan pelbagai rancangan menarik termasuklah drama buat tontonan umum. Dua drama komedi iaitu ‘OMG’ (Ohsem Music Group) dan ‘Geng Kampung Pisang’ akan menceriakan malam Sabtu dan Ahad para penonton, mulai 13 Julai lalu. Read more →

(HIBURAN) GELAGAT SI SUAMI INGIN MERUJUK KEMBALI DALAM “KORBAN KASIH”

Korban Kasih (10)

‘Dalamnya cinta tidak disedari, sehingga tiba pada saat perpisahan.’ Begitulah keluhan Azlan yang telah menceraikan isterinya, Shahanim dengan talak tiga tetapi berusaha untuk mendapatkan bekas isterinya kembali dengan cara ‘Cina Buta’. Saksikan kemelut cinta antara Azlan, Shahanim dan Zahim dalam paparan drama, “Korban Kasih” yang bakal disiarkan menerusi slot Cerekarama, hari Sabtu ini (20 Julai) jam 10.00 malam. Read more →